Skip to main content

Malaysia

Kerajaan setuju tambah baik kemajuan kerjaya pegawai kanan ATM - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan khas bersama dengan kepimpinan tertinggi ATM yang dipengerusikannya hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan khas bersama dengan kepimpinan tertinggi ATM yang dipengerusikannya hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim

Ringkasan AI

  • Kerajaan bersetuju melaksanakan penambahbaikan kemajuan kerjaya pegawai kanan ATM sebagai pengiktirafan terhadap tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan pertemuan khas bersama kepimpinan tertinggi ATM untuk meneliti kesiapsiagaan dan keperluan aset pertahanan.
  • Kerajaan MADANI komited memberi perhatian terhadap keperluan dan kebajikan warga ATM, selaras dengan cabaran keselamatan dan geostrategik semasa.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan penambahbaikan dalam aspek kemajuan kerjaya pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pengiktirafan terhadap amanah dan tanggungjawab besar yang digalas dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan khas bersama dengan kepimpinan tertinggi ATM yang dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata ia selaras dengan keperluan memperkukuh keupayaan pertahanan negara dalam mendepani landskap keselamatan dan geostrategik dunia yang semakin kompleks serta mencabar.

Advertisement

“Pertemuan ini turut memberi ruang untuk kami meneliti tahap kesiapsiagaan setiap ketumbukan, selain keperluan perolehan dan penyelenggaraan aset pertahanan bagi memastikan keupayaan operasi ATM sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata beliau menghargai pandangan dan maklum balas langsung daripada kepimpinan ATM kerana setiap dasar serta keputusan kerajaan harus berpaksikan keperluan sebenar di lapangan, dan bukan sekadar pertimbangan di atas kertas.

Advertisement

Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus memberikan perhatian sewajarnya terhadap keperluan dan kebajikan warga ATM.

"Sesungguhnya, mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air bukan sekadar tanggungjawab pasukan keselamatan tetapi amanah besar yang mesti kita junjung bersama," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement