awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju tubuhkan Program TVET Khas Wanita - Ahmad Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
10/06/2023
13:42 MYT
Kerajaan setuju tubuhkan Program TVET Khas Wanita - Ahmad Zahid
Kerajaan bersetuju menubuhkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Khas Wanita bagi meningkatkan kemahiran golongan itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Khas Wanita bagi meningkatkan kemahiran golongan itu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, program itu melibatkan kerjasama dua institusi pengajian tinggi dengan pengambilan seramai 15,000 wanita sebagai permulaan.
"Dengan ini saya mengumumkan bersetuju 100 peratus saranan Ketua Wanita UMNO menubuhkan TVET khas untuk wanita, melalui kerjasama antara Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dan Universiti Kolej Agrosains Malaysia di bawah RISDA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Saya telah meluluskan pengambilan 15,000 wanita untuk masuk ke dalam TVET wanita ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia pada Sabtu.
Sebelum ini, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad menyarankan agar Program TVET Khas Wanita diwujudkan dalam membantu golongan wanita di negara ini untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Jelas Noraini, menerusi program itu, negara boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 10 peratus atas sumbangan wanita menjelang 2030.
Topic Berkaitan
#TVET Khas Wanita
#Timbalan Perdana Menteri
#Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan