awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sokong Masjid Kampung Laut diwarta, jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO - PM

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
09/09/2022
09:00 MYT
Kerajaan sokong Masjid Kampung Laut diwarta, jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk kanan) bergambar kenangan selepas meninjau Masjid Kampung Laut sempena perasmian Laman Warisan Kampung Laut hari ini. - BERNAMA
TUMPAT: Kerajaan Persekutuan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut di sini yang berusia lebih 400 tahun sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Masjid Kampung Laut bakal menjadi warisan sejarah yang bernilai tinggi.
"Keunikan Masjid Kampung Laut ini terletak pada keseluruhan binaan dibuat daripada kayu cengal dan tanpa menggunakan sebarang paku, selain kehalusan ukirannya yang menjadi tarikan utama pelancong.
"Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Masjid Lama Kampung Laut sebagai Monumen Warisan Kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, pastinya akan dapat memelihara dan melonjakkan taraf profil warisan sejarah dan budaya negeri kelantan, adalah amat dialu-alukan.
"Kerajaan Persekutuan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut ini sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana ia sangat signifikan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ismail Sabri turut merakamkan tahniah kepada Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kerana berjaya memindahkan Masjid Lama Kampung Laut yang merupakan antara masjid kayu tertua di Asia Tenggara, ke lokasi asal di Kampung Laut.
Katanya sejarah Masjid Kampung Laut banyak berkait rapat dengan penyebaran dakwah di rantau ini pada abad ke-18 selain menjadi simbol kegemilangan syiar Islam di negeri Serambi Mekah ini.
Selain itu, Ismail Sabri berkata keunikan Masjid Kampung Laut ini terletak pada keseluruhan binaan dibuat daripada kayu cengal dan tanpa menggunakan sebarang paku, selain kehalusan ukirannya yang menjadi tarikan utama pelancong.
Kerajaan Persekutuan juga katanya telah membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk projek pembangunan semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut.
Topic Berkaitan
#Masjid Kampung Laut
#Unesco
#ismail sabri yaakob
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan