SUBANG JAYA: Kerajaan akan mempergiatkan kolaborasi strategik bersama syarikat swasta dalam menganjurkan program bagi memupuk perpaduan masyarakat di negara ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kerjasama tersebut adalah sebahagian daripada langkah penting dalam merapatkan jurang antara rakyat pelbagai kaum dan agama serta memupuk nilai-nilai Madani yang menjadi teras kepada pembinaan Komuniti Rahmah.
"Kalau kita ingin mengadakan program yang melibatkan masyarakat berbilang kaum, kita perlu juga babitkan syarikat-syarikat besar yang secara tidak langsung dapat mempromosikan produk mereka.
"Harapan kita supaya syarikat-syarikat besar ini dapat membantu kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Mydin Kongsi Meriah sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Menurut Aaron sebanyak 661 program yang bertujuan mewujudkan platform dan tapak integrasi bagi meningkatkan interaksi sosial antara rakyat telah dilaksanakan pada tahun lepas dan pihaknya menyasarkan untuk melangkaui angka tersebut pada tahun ini.
Pada majlis hari ini, Aaron menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) atas pencapaian syarikat pasar raya itu mengedarkan dan mencantumkan lebih 100,000 kraf naga kertas sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy, Ahli Parlimen Subang Wong Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze serta Pengarah Eksekutif Mydin Datuk Murad Ali Mydin dan Ahimmat Mydin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang bercakap pada sidang media Majlis Pelancaran Mydin 'Kongsi Meriah' di Pasaraya Mydin USJ Subang Jaya hari ini. - Foto Bernama
Jualan dagangan borong, runcit bagi September tumbuh 3.8 peratus pada RM148.2 bilion
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh perdagangan borong dan runcit manakala subsektor kenderaan bermotor mengalami penurunan.
APIDEC 2024: Sarawak buktikan posisi dalam industri global
Sarawak membuktikan posisinya sebagai pemain industri global dalam pembangunan tenaga baharu selepas mendapat pengiktirafan menerusi Penyertaan buat julung kalinya dalam Pameran & Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2024.
Afghanistan harap Trump amal dasar pragmatik
Kementerian Luar Afghanistan dalam satu kenyataan berharap Donald Trump akan mengamalkan pendekatan pentadbiran pragmatik dalam isu-isu diplomatik.
Presiden China mahu Trump bekerjasama demi manfaat sejagat
Presiden China ucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini dan berharap dapat tingkatkan kerjasama demi manfaat sejagat.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Malaysia terus perkukuh hubungan dengan AS dalam pendidikan
Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat menerusi pengembangan pendidikan, budaya, penyelidikan dan inovasi.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pihaknya juga telah berbincang dengan Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan agar program pertukaran pelajar di antara mahasiswa negara masing-masing dimula dan diteruskan.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pihaknya juga telah berbincang dengan Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan agar program pertukaran pelajar di antara mahasiswa negara masing-masing dimula dan diteruskan.
Musim tengkujuh: Tempoh getir nelayan pesisir pantai, ombak besar, laut bergelora
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh disifatkan sebagai tempoh getir buat pada nelayan psisir pantai yang hanya menggunakan bot gentian kaca bagi meraih hasil pendapatan.
Lapan anggota polis didakwa salah guna dadah
Lapan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana penyalahgunaan dadah.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung sesi keterangan berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Malaysia akan pertahankan prinsip pemusatan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan bekerja tanpa jemu untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN, memastikan semua suara didengari serta mengutamakan keputusan kolektif.
Kerajaan, swasta giat kerjasama anjur program perpaduan - Aaron
Kerajaan akan mempergiatkan kolaborasi strategik bersama syarikat swasta dalam menganjurkan program bagi memupuk perpaduan masyarakat.