NATIONAL
Kerajaan tegas tolak usaha normalisasi budaya songsang - Mohd Na'im

MOHD NA'IM: Tindakan penganjuran program sebegini, walaupun bersifat tertutup, jelas mencabar norma masyarakat serta nilai agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) sama ada secara halus atau terbuka.
Ringkasan AI
- Kerajaan menolak sebarang usaha menormalisasi budaya LGBTQ kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang dan nilai Islam serta budaya timur.
- Menteri Agama Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menggesa siasatan segera dan tindakan terhadap sebarang program berkaitan LGBTQ, walaupun dianjurkan secara tertutup.
- Semua pihak diseru mempertahankan akidah, akhlak dan keharmonian negara, dengan Kerajaan MADANI berpegang kepada prinsip Maqasid Syariah dalam tadbir urus.
Sehubungan itu, Mohd Na'im menyarankan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia agar segera menjalankan siasatan terhadap penganjuran program tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat pelanggaran undang-undang.
Beliau turut menggesa pihak penganjur menghentikan serta-merta sebarang aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan nilai moral masyarakat.
"Agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri turut diseru untuk bersedia memainkan peranan penguatkuasaan khususnya jika melibatkan penyertaan umat Islam," katanya.
Pada masa sama, Mohd Na'im menyeru semua pihak untuk bersama-sama mempertahankan struktur sosial dan moral masyarakat di Malaysia daripada sebarang anasir yang boleh merosakkan akidah, akhlak serta keharmonian negara.
"Kerajaan MADANI akan terus menjunjung prinsip Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara demi memelihara agama, akhlak dan maruah umat," katanya sambil menambah budaya songsang tidak akan pernah menjadi norma di bumi Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami