awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan telah mulakan rancangan pemerkasaan ekonomi selanjutnya - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
27/08/2020
04:40 MYT
Kerajaan telah mulakan rancangan pemerkasaan ekonomi selanjutnya - Tengku Zafrul
Orang ramai dialu-alukan memberi maklum balas bagi Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan Kementerian Kewangan pada November ini. - Gambar fail
Kerajaan sudah memulakan perancangan fasa selanjutnya bagi pemerkasaan ekonomi yang akan diperincikan dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini.
Malah, katanya, kerajaan juga yakin langkah-langkah yang dilaksanakan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah memberi impak positif terhadap usaha-usaha pemulihan.
Menurutnya, pasukan Kementerian Kewangan juga meneruskan siri Jelajah Belanjawan 2021 ke Johor pada 15-16 Ogos 2020 dan seterusnya Pahang pada 25 Ogos dalam usaha mendapatkan maklum balas mengenai inisiatif pakej pemulihan ekonomi PRIHATIN dan PENJANA berkenaan.
"Pada masa sama, platform ini bertujuan mendapatkan pandangan dan syor bagi merangka Belanjawan 2021 menerusi beberapa sesi libat urus dengan wakil-wakil sektor seperti pendidikan, farmaseutikal, industri berasaskan agro serta usahawan wanita Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)," kata beliau dalam laporan terbaharu Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).
Selain itu, orang ramai dialu-alukan untuk memberi maklum balas bagi Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan pada November ini.
Mereka boleh mengemukakan cadangan berkaitan di http://belanjawan2021.treasury.gov.my dan portal tersebut akan dibuka sehingga 15 Sept, 2020.
Bank Negara Malaysia telah membuat unjuran bahawa ekonomi negara akan berkembang -5.5 peratus hingga -3.5 peratus tahun ini dan dijangka mencatat pertumbuhan 5.5 peratus hingga 8 peratus pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Belanjawan 2021
#impak positif
#LAKSANA
#pemerkasaan ekonomi
#pemulihan
#PENJANA
#PRIHATIN
#sesi libat urus
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan