awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti kaedah terbaik perkenal dasar progresif urus sisa plastik - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
08/05/2025
14:15 MYT
Kerajaan teliti kaedah terbaik perkenal dasar progresif urus sisa plastik - Nik Nazmi
Nik Nazmi (dua kanan) melancarkan Vending ATLAS ECOPOD ternipis di dunia di Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan meneliti kaedah terbaik bagi memperkenalkan dasar lebih progresif berkaitan pengurusan sisa plastik yang kini menjadi cabaran terbesar negara, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata pengurusan tidak baik sisa plastik boleh mendatangkan pelbagai masalah termasuk terhadap kesihatan rakyat negara ini.
"Menjadi soal terbesar di peringkat kerajaan, (apabila) kita sudah mempunyai Pelan Hala Tuju Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 iaitu ke arah pengurangan plastik sekali guna dan juga Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.
"Namun cabaran kita (adalah untuk memperkenalkannya) dalam bentuk dasar yang besar dan kita juga masih belum ada satu perundangan jelas," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ecopod dan Penyampaian Anugerah Guinness World Records di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata penyertaan Malaysia pada Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm (BRS COPs) pada 28 April hingga 9 Mei lepas di Geneva, Switzerland menunjukkan komitmen negara dalam isu pengurusan sisa plastik.
"Soal Perjanjian Plastik Global (GPT) telah mendapat perhatian seluruh dunia dan kita sedang berbincang mencari pendekatan yang kita rasa inklusif dan juga progresif. Ini merupakan isu utama," katanya.
Berhubung pengiktirafan Guinness World Records kepada Ecopod sebagai mesin layan diri kitar semula ternipis di dunia, Nik Nazmi berkata pembinaan mesin itu sejajar dengan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 serta Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Beliau berkata pembinaan mesin itu amat signifikan dalam menyokong aspirasi negara untuk mencapai pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 45 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 serta matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#sisa plastik
#Guinness World Records
#mesin layan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan