KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara.
Katanya dalam urusan mengawal selia pembangunan tanah wakaf di Malaysia bagi memacu ekonomi Islam, kerajaan sentiasa menunjukkan komitmen menerusi penyediaan peruntukan pembangunan dalam setiap Rancangan Malaysia.
"Di samping itu, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku agensi Persekutuan yang membantu MAIN dalam urusan pembangunan wakaf turut menyediakan garis panduan dan manual tadbir urus wakaf seperti Manual Pengurusan Model Perundangan Wakaf.
"Kerjasama dan kolaborasi strategik turut digalakkan antara sektor awam dan swasta. Agensi Persekutuan seperti JAWHAR dan YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) giat melaksanakan libat urus bersama semua MAIN dengan penglibatan sektor korporat dan badan bukan Kerajaan (NGO)," katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengawal selia pembangunan tanah wakaf dalam memacu ekonomi Islam serta statistik hasil wakaf harta dan wakaf tunai sepanjang 2022 hingga 2024.
Mohd Na'im berkata berdasarkan statistik, kutipan wakaf tunai meningkat daripada RM67.19 juta pada 2020 kepada RM106 juta pada 2022, menunjukkan pembangunan wakaf semakin mendapat perhatian umum, khususnya dalam aspek pembangunan hartanah wakaf dan pengenalan produk-produk wakaf.
Bagi kutipan dana Wakaf Tunai Malaysia di bawah YWM pula, beliau berkata ia berjumlah RM12.8 juta sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas dengan hasil sumbangan adalah daripada masyarakat dan pihak korporat, sama ada melalui potongan gaji atau secara sekali beri (one-off).
Selain itu, menurutnya, kerjasama agensi Persekutuan dan negeri dalam mengurus aset-aset wakaf seperti The Grand Puteri Hotel di Terengganu dan Puteri Bay Hotel Melaka turut berjaya menjanakan pendapatan kasar berjumlah RM22.8 juta, sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas.
Bagi Wilayah Persekutuan pula, Mohd Na'im berkata sehingga Jun 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menguruskan 89 lot (64.67 ekar) hartanah wakaf yang terdiri dari 64 lot hartanah wakaf khas dan 25 lot hartanah wakaf am.
"Dalam konteks pengurusan hartanah wakaf, MAIWP menguruskan 38 premis hartanah wakaf sedia ada terdiri daripada 23 rumah (bertanah), 1 buah rumah (bukan bertanah, tiga lot kedai dan sebuah bangunan komersial.
"Selain premis, MAIWP juga menguruskan 51 lot tanah terdiri dari 21 lot tanah kosong, 12 lot tapak masjid, sembilan lot tapak surau atau madrasah, lima tapak perkuburan dan empat tapak sekolah," katanya menambah perancangan pembangunan juga sudah dibuat ke atas 21 lot tanah kosong termasuk di Setiawangsa dan Setapak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
Mohd Na'im berkata, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara. - Gambar fail/Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.