awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular

Bernama
Bernama
23/04/2024
05:15 MYT
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Kerajaan Terengganu sentiasa memantau ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri daripada terus diamalkan masyarakat. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sentiasa memantau ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri daripada terus diamalkan masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
"Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya ajaran ini terus disebarkan di negeri Terengganu mengikut Seksyen 10 (menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama) atau Seksyen 12 (pendapat yang bertentangan dengan fatwa)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Riduan Mohamad Nor (PAS-Jertih) pada sesi soal jawab lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15, di sini hari ini.
Dr Muhammad Khalil berkata PPS JHEAT juga telah menerima beberapa aduan berhubung ajaran yang meragukan dan tindakan sewajarnya telah diambil berdasarkan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 dengan kesemua kes tersebut masih dalam proses risikan dan siasatan.
Sebelum ini, satu hantaran di akaun Facebook 'Imam Muda Kulan' mendakwa ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#Jabatan Mufti Negeri
#Kerajaan Langit Ayah Pin
#Mohib Khouli
#Kanzun Makhfiyyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan