awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Terengganu sumbang pembedahan kanak-kanak jantung berlubang

Bernama
Bernama
24/11/2013
15:13 MYT
Kerajaan Terengganu sumbang pembedahan kanak-kanak jantung berlubang
Seorang kanak-kanak perempuan, Nor Aini Aqilah Hairon Nizam, 3, yang mengidap penyakit jantung berlubang mendapat sumbangan RM30,000 dari Kerajaan Negeri Terengganu.
Hairon Nizam Abdul Halil, 30, berkata anaknya yang dipercayai mengidap penyakit jantung berlubang sejak berusia 1 tahun 8 bulan, akan menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara Selasa ini.
Hairon dan isteri Nurul Asyikin Ramlan, 27, yang tinggal di Kampung Bukit Choras, Kota Sarang Semut berkata kos pembedahan anak mereka ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan negeri termasuk penginapan sepanjang rawatan berjalan.
Tukang rumah itu berkata masalah anaknya mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika beliau turun padang berkempen untuk pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau baru-baru ini.
Kebetulan semasa PRK itu, Umno memutuskan menjadikan Sungai Limau yang merangkumi kampung tersebut, sebagai kawasan angkat.
"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada MB dan kerajaan Terengganu yang prihatin dan memberi sumbangan membantu pembedahan anak saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini pada Ahad.
Topic Berkaitan
#jantung berlubang
#Nor Aini Aqilah Hairon Nizam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan