Kerajaan akan terus membela kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam segala aspek kerana mereka telah banyak berjasa terutama dalam menjaga keselamatan negara, kata Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Perdana Menteri berkata walaupun kerajaan mungkin terpaksa berbelanja lebih dalam hal itu, namun ia merupakan perbelanjaan yang berbaloi.
Katanya jika kebajikan anggota tentera terus dipelihara, maka mereka akan mendapat moral yang tinggi dan lebih bersemangat dalam menjaga keselamatan negara.
"Sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat, salah satu daripada prasyarat dan keperluan kepada negara tersebut ialah untuk mempunyai sebuah pasukan tentera yang kuat, hebat berdisiplin dan mempunyai jati diri yang mantap.
"Wujudnya pasukan seperti ini merupakan benteng kita dan bila kita mempunyai anggota pasukan tentera yang sedemikian rupa maka kita boleh merasa selamat," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga ATM di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini malam tadi.
Katanya, atas dasar itulah kerajaan sentiasa memandang tinggi keperluan pasukan keselamatan yang perlu dibekalkan dengan pelbagai kemudahan dan kebajikan bagi meningkatkan semangat mereka.
Mengambil contoh mengenai masalah perumahan tentera, Najib berkata ia merupakan satu agenda yang belum selesai di mana masih ramai anggota tentera yang tidak menikmati kemudahan itu.
"Di Kem Port Dickson ini pun ada 800 unit rumah lagi yang perlu disediakan dan di Kem Gemas pula keadaannya lebih kritikal sehingga terpaksa menyewa kerana tidak cukup bilangan rumah.
"Inilah satu contoh di mana kita boleh menjaga kebajikan anggota tentera sebab pengorbanan mereka tidak ternilai, tidak boleh kita nilai dengan wang ringgit," katanya.
Selain aspek keselamatan negara, Najib turut menarik perhatian terhadap pengorbanan anggota ATM menyelamatkan orang awam sewaktu bencana seperti banjir dan gempa bumi.
"Bila ada kecemasan, siapa yang sanggup membawa pesawat helikopter sampai mencecah 10,000 kaki, hampir-hampir puncak Gunung Kinabalu melainkan anggota tentera, kalau ada banjir air deras, sampai bot 40 kuasa kuda pun tidak lepas, siapa sanggup menyelamat nyawa orang awam melainkan anggota tentera," katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM500,000 untuk Tabung Kebajikan ATM sebelum menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Depot RAMD di sini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin serta kira-kira 3,000 warga ATM.
Bernama
Wed Jun 24 2015
Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM500,000 untuk Tabung Kebajikan ATM sebelum menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Depot RAMD di sini. - Foto Bernama
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.