awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terus perhebat inisiatif memberdaya komuniti India - PM Anwar

Bernama
Bernama
14/04/2025
05:30 MYT
Kerajaan terus perhebat inisiatif memberdaya komuniti India - PM Anwar
Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baharu Tamil Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini melalui pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan kepada komuniti itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga akan menambah baik semua aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.
"Ini penting dalam merealisasikan hasrat memartabat masyarakat India di negara ini sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India pada masa hadapan," katanya dalam hantaran di Facebook sempena sambutan Tahun Baharu Tamil Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu.
Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya.
Anwar berharap semoga tahun baharu itu membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat semua.
"Kita raikan kepelbagaian ini dengan rasa bangga, kerana inilah warna-warni Malaysia yang menjadikan negara kita unik dan kuat. Teruskan semangat perpaduan, itulah kekuatan sebenar kita," katanya.
Hari ini masyarakat Tamil, Malayalee dan Sikh di seluruh negara menyambut perayaan tahun baharu masing-masing iaitu Chittirai Puthandu, Vishu dan Vaisakhi.
Tahun Baharu Tamil (Chittirai Puthandu) jatuh dalam tahun bertuah 'Krothi' mengikut kalendar Hindu dan bermula pada hari ke-30 pada bulan Tamil Panguni (Ahad, 13 April).
Vishu pula menandakan permulaan tahun dalam kalendar Malayalam serta melambangkan pembaharuan, kemakmuran dan pemeliharaan warisan budaya.
Bagi penganut Sikh, Vaisakhi memperingati detik bersejarah - penubuhan Khalsa oleh Guru Gobind Singh Ji pada 1699.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#komuniti India
#vaisakhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan