awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teruskan usaha kekang elemen LGBT di filem, TikTok - Zahidi

Bernama
Bernama
10/08/2022
04:33 MYT
Kerajaan teruskan usaha kekang elemen LGBT di filem, TikTok - Zahidi
Zahidi berkata berkata kerajaan sentiasa memantau dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang mempromosikan elemen tersebut.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersama institusi keagamaan akan meneruskan usaha mengekang elemen gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosikan melalui filem atau media sosial seperti TikTok di negara ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerajaan sentiasa memantau dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang mempromosikan elemen tersebut.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan sukar untuk mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian Over-the-Top (OTT) yang berpangkalan di luar negara seperti Netflix.
"Peruntukan perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak meliputi skop tapisan kandungan (censorship) dan jelas dinyatakan dalam Seksyen 3(3) Akta 588.
"Tambahan pula, perkhidmatan OTT seperti Netflix tidak seperti perkhidmatan penyiaran awam dan swasta dalam negara yang tertakluk pada rangka kerja pelesenan dan tapisan di bawah perundangan sedia ada," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Kerajaan pantau dan sekat akaun TikTok berkaitan LGBT
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Yahaya yang ingin tahu pendirian kementerian mengenai cadangan mengawal kandungan program disiarkan di platform penstriman seperti Netflix bagi mengelakkan budaya tidak sihat terus menular dalam masyarakat.
Zahidi berkata penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna termasuklah langganan kepada perkhidmatan tersebut, justeru pengguna digalakkan melakukan kawalan kendiri selain ibu bapa atau penjaga untuk meletakkan pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah untuk memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat mengakses semua kandungan tidak sesuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#LGBT
#TikTok
#Zahidi Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan