awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/07/2024
10:44 MYT
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Fahmi memberitahu, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya jabatan itu berpandangan isu tersebut perlu dipanjangkan kepada pasukan penguat kuasa. - Foto fail
PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya jabatan itu berpandangan isu tersebut perlu dipanjangkan kepada pasukan penguat kuasa.
"Ia telah dibentang di Dewan Rakyat maka kita beri ruang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan pada awal minggu depan.
"Selepas itu, kita akan dengar pandangan Ahli-ahli Parlimen dan sebarang tindakan yang wajar akan diambil.
"Tapi kita berikan ruang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk meneliti dan membahaskan serta menteri-menteri untuk menjawab.
"Pada masa sama sekiranya Jabatan Audit Negara berpandangan terdapat apa-apa perkara yang perlu dipanjangkan atau dibawa ke perhatian pihak penguatkuasaan seperti SPRM, itu kita tidak ada halangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet di sini, pada Jumaat.
LKAN 2/2024 yang dibentangkan pada Khamis antaranya melaporkan sembilan pengauditan melibatkan 11 kementerian dengan kos keseluruhan program, projek atau aktiviti yang diaudit berjumlah RM41.97 bilion.
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata pengauditan itu adalah mengenai aktiviti kementerian atau jabatan kerajaan Persekutuan serta badan-badan berkanun Persekutuan dan skop pengauditan meliputi projek yang dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) hingga RMK12.
Beliau berkata terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti kurang pemantauan atau penyeliaan oleh pihak berkaitan, ketiadaan penyelarasan antara agensi berkenaan, ketiadaan pangkalan data yang lengkap dan kelemahan dalam dasar mahupun prosedur kerja.
LKAN 2/2024 menegur tiga isu signifikan termasuk membabitkan pengurusan Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL).
Dua lagi isu yang dibangkitkan melibatkan pengurusan program pemerkasaan jaringan dan infrastruktur telekomunikasi jalur lebar serta pengurusan projek dan program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Laporan Ketua Audit Negara
#SPRM
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan