awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tiada maklumat wanita Rohingya jadi mangsa pemerdangan manusia - Muhyiddin

Wan Syamsul Amly, Isabelle Leong
Wan Syamsul Amly, Isabelle Leong
13/05/2019
07:39 MYT
Kerajaan tiada maklumat wanita Rohingya jadi mangsa pemerdangan manusia - Muhyiddin
Laporan AFP pada Ahad menyatakan, seramai 23 remaja perempuan Rohingya telah diselamatkan oleh polis Bangladesh selepas dibawa dari kem pelarian ke Dhaka sebelum dihantar ke Malaysia melalui udara. - Gambar fail/Reuters
Kerajaan masih belum menerima sebarang maklumat 23 remaja perempuan Rohingya yang diselamatkan oleh polis Bangladesh kerana dijanjikan pekerjaan di Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut sebelum tindakan sewajarnya diambil.
"Sekiranya kenyataan tersebut mempunyai asas, pastinya ada tindakan undang-undang yang sesuai yang boleh kamil ambil terhadap perkara itu.
"Jadi saya tidak dapat mengesahkan sehingga saya dapat laporan rasmi mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara baharu di sini, pada Isnin.
Laporan AFP pada Ahad menyatakan, seramai 23 remaja perempuan Rohingya telah diselamatkan oleh polis Bangladesh selepas dibawa dari kem pelarian ke Dhaka sebelum dihantar ke Malaysia melalui udara.
Menurut jurucakap polis, Mokhlesur Rahman, gadis-gadis berkenaan ditemui sedang bersembunyi di dalam bilik sebuah kedai jahit selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah kediaman di utara bandar itu.
Kesemua remaja terbabit yang berusia di antara 15 hingga 19 tahun itu juga berkemungkinan dipaksa menjadi pelacur.
"Mereka (gadis-gadis itu) dijanjikan pekerjaan di Malaysia dan dibawa dari kem pelarian di Cox’s Bazar," kata Rahman.
Pihak berkuasa Bangladesh, pada tahun ini sahaja telah menghalang lebih 300 etnik Rohingya daripada cubaan melarikan diri menggunakan bot nelayan buruk.
Ramai juga yang telah cuba terbang ke negara-negara termasuk Malaysia dan Asia Barat dengan mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan Bangladesh.
Topic Berkaitan
#Cox s Bazar
#mangsa
#Muhyiddin Yassin
#pemerdangan manusia
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan