Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran akan menamatkan perkhidmatan mana-mana pemimpin yang terlibat dengan perbuatan rasuah serta penyelewengan.
Perdana Menteri menegaskan, ingatan itu turut terpakai kepada semua anggota dalam pentadbiran kerajaan.
"Kita perlu menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin kerajaan sekarang telah diberi amaran dari saya bahawa kalau mereka terlibat rasuah akan dikenakan tindakan.
"Kalau di negara China, pesalah rasuah ini akan ditembak mati. Tetapi mereka tidak setujulah ditembak mati tetapi kalau pegawai kerajaan membuat perkara tidak baik, mereka akan dikeluarkan.
"Tiada perlindungan, kalau buat salah kita tolak kerana kita hendak tunjuk teladan baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Program itu menjadi platform kepada PTD untuk memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dan memberi peluang kepada PTD untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan pemimpin tertinggi negara.
Ia selaras peranan PTD selaku peneraju perkhidmatan awam dalam menggalas tanggungjawab dan mendepani cabaran seiring dengan hala tuju pentadbiran kerajaan yang baharu.
Dalam pada itu kata Dr Mahathir, mana-mana pegawai PTD perlu berani menolak permintan untuk melakukan sesuatu yang salah serta bertentangan dengan undang-undang.
Jelasnya, terdapat perbezaan antara arahan yang melibatkan dasar-dasar tertentu berbanding untuk melakukan jenayah.
Sementara itu kata Dr Mahathir, ada unsur hasutan luar yang menyebabkannya masih belum memberikan sepenuh kepercayaan kepada penjawat awam selepas kali kedua memimpin negara ini.
Pada majlis sama, beliau turu mengumumkan frasa 'Saya yang menurut perintah' sebelum tandatangan di surat rasmi kerajaan akan ditukar kepada 'Saya yang menjalankan amanah'.
Wan Syamsul Amly
Wed Aug 15 2018
DR MAHATHIR: Pemimpin kerajaan sekarang telah diberi amaran dari saya bahawa kalau mereka terlibat rasuah akan dikenakan tindakan. - Gambar Shahir Omar
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Berita terkini berhubung kejadian jam 2.45 pagi tadi di mana dua anggota polis maut diserang suspek yang dipercayai anggota JI.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Dr Mahathir gesa kerajaan usir Lockheed Martin, BAE Systems dari Malaysia
Dr Mahathir mendakwa Lockheed Martin dan BAE Systems merupakan pembekal senjata yang besar kepada rejim Zionis untuk menyerang Palestin.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.