awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak menganaktirikan kebajikan rakyat Kelantan - Anthony Loke

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/02/2023
06:37 MYT
Kerajaan tidak menganaktirikan kebajikan rakyat Kelantan - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus menambah baik perkhidmatan kereta api di Kelantan dari semasa ke semasa, kata menterinya, Anthony Loke Siew Fook. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus menambah baik perkhidmatan kereta api di Kelantan dari semasa ke semasa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, buat masa ini MOT sedang meneliti skop yang sesuai untuk menambah baik Stesen KTM Dabong, Kelantan.
Menurutnya, semua aspek termasuk kewangan, komersial dan teknikal akan diambil kira dalam proses penambahbaikan itu.
“Satu inisiatif baharu juga telah dilaksanakan oleh MOT iaitu menawarkan perkhidmatan tren percuma kepada golongan OKU dan semua pelajar di semua stesen-stesen komuter sepanjang lalaun di Lembah Klang, Utara, dan Pantai Timur.
“Ini memberi manfaat kepada masyarakat di Kelantan khususnya pelajar sekolah yang mendapat perkhidmatan percuma yang guna tren KTM dari rumah ke sekolah.
“Ini membuktikan kerajan sekarang tidak menganaktirikan kebajikan rakyat-rakyat di Kelantan dan kita akan terus tambah baik perkhidmatan ini (perkhidmatan tren) di Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi menteri-menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu. -ENDS-
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Pantai Timur
#Kelantan
#kereta api
#stesen KTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan