awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak sekat NGO bantu mangsa banjir - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2021
09:23 MYT
Kerajaan tidak sekat NGO bantu mangsa banjir - Ismail Sabri
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi berkaitan dinasihatkan berhubung dengan Pusat Pengurusan Bencana Banjir Daerah jika mahu menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi berkaitan dinasihatkan berhubung dengan Pusat Pengurusan Bencana Banjir Daerah jika mahu menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi melancarkan proses saluran bantuan dari pelbagai pihak.
"Kita amat terima kasih sebab setiap kali banjir NGO mesti beri bantuan, agensi seperti JKM juga turun bantu. Setiap kawasan telah menetapkan SOP dari segi pengagihan makanan dan sebagainya.
"Pengagihan biasanya akan diagihkan di pusat-pusat pemindahan sementara. Biasanya NGO akan bantu di pusat pemindahan, dan kedua, di kawasan terkepung. Jadi, saya minta kalau boleh sila hubungi pusat pengurusan bencana daerah supaya mereka boleh membantu.
"Kita tidak sekat bantuan (NGO), tetapi nak bantu dari segi nak mengedarkan bantuan," katanya dalam sidang media pada Selasa.
BACA: 147 UMNO Bahagian tolak kerjasama dengan Bersatu - Ahmad Maslan
Pada masa sama, ia bagi mengelak sebarang isu-isu lain berbangkit.
"Biasanya pusat pengurusan bencana daerah menentukan pengagihan makanan di kawasan yang terkepung. Mereka tahu mana (mangsa) yang dapat tak dapat, dan berapa jumlah diperlukan. Jadi kalau kita tidak tahu, akan timbul isu.
"Jadi yang terbaik pergi ke pusat pengurusan bencana daerah dan dapatkan bantuan dari situ. Berapa keperluan dan apa SOP perlu dipatuhi," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#SOP
#COVID-19
#NGO
#jkm
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan