awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak tarik subsidi LPG - Armizan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/07/2025
05:20 MYT
Kerajaan tidak tarik subsidi LPG - Armizan
Armizan berkata, mandat yang diberikan kepada KPDN adalah jelas, iaitu untuk menangani ketirisan dalam bentuk penyelewengan dan penyeludupan dan bukannya untuk menarik, mengurangkan apatah lagi memansuhkan subsidi LPG. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa kerajaan akan memansuhkan atau menarik balik subsidi gas petroleum cecair (LPG) adalah tidak benar dan mengelirukan, tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Ringkasan AI
  • Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan dakwaan bahawa kerajaan akan memansuhkan subsidi gas petroleum cecair (LPG) adalah tidak benar dan mengelirukan, dengan komitmen kerajaan kekal untuk menyalurkan subsidi kepada rakyat.
  • Subsidi LPG turut dibenarkan untuk dimanfaatkan oleh sektor perniagaan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil, dengan syarat harga makanan yang ditawarkan kekal berpatutan dan bukan harga premium.
  • Komitmen kerajaan akan diterjemahkan melalui pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) bagi mengiktiraf premis perniagaan mikro dan kecil serta memastikan pelaksanaan kawalan subsidi LPG lebih jelas dari segi undang-undang.

Beliau menegaskan, mandat yang diberikan kepada KPDN adalah jelas, iaitu untuk menangani ketirisan dalam bentuk penyelewengan dan penyeludupan dan bukannya untuk menarik, mengurangkan apatah lagi memansuhkan subsidi LPG.
"Kerajaan kekal komited untuk terus menyalurkan subsidi LPG silinder ini kepada rakyat. Hakikatnya, subsidi ini adalah subsidi kepenggunaan, subsidi dapur rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, di Dewan Rakyat pada Selasa berhubung dakwaan kononnya kerajaan akan memansuhkan subsidi tong gas LPG kepada rakyat.
Bagaimanapun, Armizan berkata, kerajaan turut prihatin dengan keperluan sektor perniagaan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil yang turut menawarkan perkhidmatan bekalan makanan kepada rakyat.
"Oleh itu, kerajaan sentiasa terbuka membenarkan sektor ini untuk terus memanfaatkan subsidi ini. Namun, jika alasannya adalah bagi memastikan harga makanan dan minuman lebih berpatutan, maka pastikanlah harganya kekal pada kadar mampu milik, bukannya harga premium," katanya lagi.
Tambah beliau, komitmen kerajaan itu akan diterjemahkan melalui pengiktirafan kepada premis perniagaan mikro dan kecil menerusi pindaan yang dilakukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB), bagi memastikan kejelasan undang-undang dalam pelaksanaan mekanisme kawalan.
"Kerajaan bukan sahaja kekal menyalurkan subsidi kepada rakyat di rumah, malah para peniaga mikro dan kecil juga akan terus menikmati manfaat subsidi tong gas LPG ini," jelasnya.
Topic Berkaitan
#subsidi LPG
#Kerajaan Madani
#subsidi gas LPG
#Armizan Mohd Ali
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan