KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata jawatankuasa itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi).
Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan disokong pasukan khas melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
"Kita (Jemaah Menteri) berpandangan perlu ada satu tindakan lebih tegas terhadap platform media sosial untuk kes buli siber ini, (pengendali) tidak boleh lepas tangan sahaja dan perlu sama-sama bertanggungjawab untuk atasi isu buli siber ini.
"Jadi kita (jawatankuasa) akan meneliti perincian akta, lihat secara menyeluruh aspek perundangan dan (melakukan) pindaan (pada undang-undang) serta apa juga tindakan lain yang kita rasakan perlu untuk tangani isu buli siber ini," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 ditemui media selepas meninjau raptai istiadat berkenaan di Istana Negara di sini hari ini.
Fahmi berkata penubuhan jawatankuasa khas dan pasukan khas itu amat penting kerana ia berupaya menggunakan semua kepakaran yang ada terkait perkara berkenaan, merentasi kementerian dan agensi.
"Kerana isu buli siber ini, (ditambah) dengan adanya platform-platform media sosial baharu, malah platform yang belum muncul, termasuk teknologi seperti AI (kecerdasan buatan), kita perlu menggembleng segala kepakaran yang kita miliki termasuk daripada aspek teknikal untuk tanganinya," katanya.
Beliau berkata pihaknya pada masa sama terbuka dan mengalu-alukan kerjasama serta penglibatan kementerian lain dalam bersama menangani isu buli siber.
Pada sidang media pascamesyuarat jemaah menteri Jumaat lepas, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta MCMC dan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap kes membabitkan buli siber.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Fahmi berkata, jawatankuasa itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi).
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi
Terdapat keperluan untuk menangani buli siber dari akar umbinya dengan melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah dan arena sukan.
RUU berkaitan buli siber dibentang di Parlimen tahun ini - Fahmi
Fahmi berkata, satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan berkaitan isu berkenaan juga akan dibawa ke Parlimen dalam sidang pada kali ini.
Buli siber pempengaruh Esha, pemandu lori dipenjara 12 bulan
Seorang pemandu lori dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan menggunakan komunikasi lucah serta mengaibkan pempengaruh TikTok, Esha yang maut dipercayai dibuli, empat tahun lepas.
Sekolah Eropah ketatkan peraturan penggunaan telefon bimbit
Negara Eropah semakin meningkatkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan telefon bimbit, media sosial dan bentuk komunikasi digital.
Tiga isu jenayah diberi penekanan dalam Kod Tatalaku media sosial - Fahmi
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial.
Tangani buli siber penting, wanita dapat ceburi bidang ICT dengan selamat - Teo
Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap buli siber dan langkah sewajarnya untuk mencegah jenayah itu dengan berkesan.