KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu kadar air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara yang menyebabkan kerugian lebih RM2 bilion setahun.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha itu antaranya melibatkan pemberian geran padanan bagi membantu operator air menangani masalah NRW dengan lebih berkesan dan mampan.
"Cabaran utama ialah paip lama yang bocor, rosak dan sebagainya akan berlakulah NRW di mana air sudah proses tetapi hilang begitu sahaja disebabkan kebocoran dan ini memerlukan dana begitu besar untuk gantikan paip lama.
"Sebab itu salah satu strategi kita, mana-mana kerajaan negeri ada NRW lebih lima peratus, kerajaan Persekutuan bantu dengan memberi geran, manakala yang sudah baik akan diberi secara pinjaman untuk gantikan paip lama dan ini salah satu usaha dan fokus kita sehingga dapat selesaikan masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Pemimpin Masa Depan Kelestarian Air 2024: Memacu Impak untuk Daya Tahan Air (Future Leaders of Water Sustainability (Flows): Accelerating Impact for Water Resilience) di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah berkata Rancangan Malaysia Ke-12 menggariskan objektif strategik untuk meningkatkan keselamatan dan kemampanan air yang diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) nombor enam (SDG 6), yang secara spesifik menyasarkan untuk meningkatkan liputan air bersih dan mengurangkan NRW bagi menyokong infrastruktur air yang berdaya tahan.
Menteri Tenaga dan Transformasi Air itu turut menekankan bahawa dasar berpandukan data dan kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan diperlukan bagi mewujudkan pengurusan air yang mampan.
"Inisiatif seperti pusat data air berpusat yang bertujuan menambah baik proses membuat keputusan dan menggalakkan pengurusan sumber berkesan merupakan cara strategik ke hadapan," katanya.
Mengenai simposium hari ini, Fadillah berkata acara itu bermatlamat untuk menangani isu-isu kritikal keselamatan air dan peranan penting pengurusan perniagaan air, di samping memupuk kerjasama merentas sektor bagi penyelesaian inovatif.
"Fokus kami adalah untuk memastikan akses kepada air minuman dan sanitasi yang selamat, pengurusan sumber air yang mampan, air sisa dan ekosistemnya.
"Untuk mencapai matlamat ini, kita mesti menyediakan platform yang membolehkan semua pihak berkepentingan mengambil bahagian secara aktif dalam memacu aspirasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Fadillah sewaktu menyampaikan ucaptama pada Simposium Pemimpin Masa Depan Kelestarian Air 2024: Memacu Impak untuk Daya Tahan Air hari ini. - Foto Bernama
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah
Kerajaan memerlukan peruntukan RM392 bilion bagi melaksanakan 365 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan risiko banjir.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Mesyuarat bincang pembangunan infrastruktur sempadan Malaysia-Indonesia Disember ini - Fadillah
Perincian mengenai pembangunan infrastruktur di sepanjang sempadan Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah dengan wilayah Kalimantan, Indonesia akan menjadi antara agenda mesyuarat Disember ini.
PETRA anjur sesi libat urus pertama bersama media, fahami peranan
Fadillah berkata sesi bersama pengurusan tertinggi dan pegawai PETRA adalah julung kali dianjurkan sejak kementerian itu diwujudkan.
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Kerajaan MADANI komited tambah baik perkhidmatan demi masa depan rakyat - Fadillah
Kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan memastikan kepentingan setiap kumpulan komuniti terjaga.
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.