awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan usaha tingkat kuasa beli rakyat - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly, Amirah Shariffudin
Wan Syamsul Amly, Amirah Shariffudin
08/05/2019
12:00 MYT
Kerajaan usaha tingkat kuasa beli rakyat - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, kerajaan mempunyai banyak lagi cara untuk memastikan hasrat meningkatkan kuasa beli rakyat menjadi kenyataan. - fotoBERNAMA
Kerajaan kini sedang berusaha untuk meningkatkan kuasa beli rakyat walaupun menyedari Ringgit berada di bawah paras nilai sepatutnya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan dalam masa sama mempunyai banyak cara untuk memastikan hasrat itu menjadi kenyataan.
"Saya fikir pada masa akan datang, harga mungkin tidak turun, tetapi apa yang kita mahu lakukan ialah meningkatkan kuasa beli Ringgit anda.
"Ringgit anda kini berada di bawah nilai, jadi kos barangan telah meningkat. Jadi terdapat banyak cara untuk mendekati masalah ini, bukan hanya dengan memberikan wang kepada mereka," katanya pada sidang media khas satu tahun Malaysia Baharu di pejabatnya di sini.
BACA: KPDNHEP akan syor kerajaan lakukan anjakan terhadap beberapa dasar
BACA: Apa lebih mencabar daripada kawal harga barang? Ini jawapan Tony Pua
Dr Mahathir sebelum ini memberitahu, kerajaan sedar keperitan hidup rakyat disebabkan beban kos sara hidup dan harga barang yang tinggi.
Katanya, ketika ini kerajaan sedang berusaha meringankan beban rakyat dengan menurunkan kos sara hidup serta harga barangan.
Mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada Mac lalu turut membincangkan tiga kertas cadangan dengan dua daripadanya memberi fokus kepada usaha menangani peningkatan kos sara hidup rakyat yang dibentangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Penubuhan EAC diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 11 Februari lalu bertujuan meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Topic Berkaitan
#EAC
#KPDNHEP
#kuasa beli
#Mahathir Mohamad
#Majlis Tindakan Ekonomi
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
#rakyat
#ringgit
#sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan