PUTRAJAYA: Penyusunan semula Kementerian Komunikasi dan Digital yang kini menjadi dua kementerian berbeza iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital merupakan langkah strategik mentransformasikan perkhidmatan kerajaan untuk rakyat sejajar peredaran masa serta landskap komunikasi hari ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan penjajaran ini juga menunjukkan keyakinan kerajaan terhadap potensi industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya negara.
Beliau menjelaskan industri kreatif dan budaya negara yang menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
"Strategi pelaburan filem asing ke dalam negara juga menterjemahkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang memacu Malaysia sebagai hab pelaburan filem yang kompetitif dan berpotensi khususnya di rantau ASEAN dengan produk budaya unik, komersial serta bakat tempatan berkualiti tinggi.
"Penghasilan filem tempatan dengan kandungan bercirikan kepelbagaian budaya serta etnik serta pelancongan filem (film tourism) juga berpotensi tinggi bagi menjana pelaburan dalam negara.
Impak mempromosikan Malaysia melalui medium filem dengan mengambil kira penganjuran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 bakal menarik 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion," katanya pada Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada Rabu.
Beliau juga menjelaskan kerjasama produksi antarabangsa (Co-Pro Treaty) antara Malaysia dengan China perlu dimeterai sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun 2024 kerana ia merupakan platform strategik bagi menembusi pasaran filem China yang bernilai RM27 bilion.
Dalam ucapannya, Fahmi juga berkata, kejayaan 30 filem tempatan meraih anugerah dan pengiktirafan di pelbagai festival antarabangsa membuktikan 2023 adalah tahun cemerlang bagi industri sinematik negara.
Beliau berkata, pasaran perfileman domestik mencatatat kutipan pecah panggung atau 'box office' mencecah RM98.8 juta bagi 56 filem.
"Ini termasuk filem yang diarah barisan pembikin berpengalaman seperti Harum Malam arahan Dain Said; Rain Town (Tunku Mona Riza); Stone Turtle (Woo Ming Jin); Barbarian Invasion (Tan Chui Mui) dan Sumpahan Jerunei (Jason Chong).
"Selain itu, kita seharusnya berbangga dengan kebangkitan karya pembikin filem muda yang memenangi lebih 20 anugerah di festival filem antarabangsa seperti filem Tiger Stripes arahan Amanda Nell Eu.
"Naskhah itu juga mencipta sejarah menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes Ke-62.
"Filem Walid arahan Areel Abu Bakar juga membuktikan cerita aksi yang mengangkat seni persilatan Melayu mampu menarik perhatian pengedar bagi tayangan di pawagam Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 anjuran Finas bertujuan meraikan 26 penerima termasuk syarikat produksi dan penggiat industri yang melakar kecemerlangan dalam industri filem negara di dalam negara dan antarabangsa, tahun ini.
Antara penerima anugerah adalah U-Wei Saari atas pencapaian menjadi juri dan mentor di peringkat antarabangsa seperti ASEAN International Film Festival dan Asia Pacific Screen Awards dan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif sempena Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Ke-18.
Selain itu, pelakon tersohor Datuk Ahmad Tamimi Siregar membuktikan kecemerlangan lakonan sebagai teraju utama filem Malaysia-Indonesia iaitu Perjalanan Pertama yang menobatkan beliau sebagai Pelakon Lelaki Terbaik ASEAN International Film Festival (AIFFA) di Kuching, Sarawak tahun ini.
Tidak ketinggalan, Datuk Fauziah Nawi yang dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas jasa dan perjuangan seni beliau selama lebih 50 tahun dalam industri.
Irwan Muhammad Zain
Wed Dec 20 2023
Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 anjuran Finas bertujuan meraikan 26 penerima termasuk U-Wei Saari atas pencapaian menjadi juri dan mentor di peringkat antarabangsa. - Foto Astro AWANI/Mohd Shahir Omar
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas
Draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dicadangkan Algeria, yang menuntut gencatan senjata di Gaza dan pembebasan semua tebusan yang ditahan oleh Hamas dan meminta Israel menghentikan serta-merta serangan tenteranya di Rafah, adalah tidak adil dan mengalami kelompongan.
PBB gesa Israel memudahcara akses pekerja bantuan ke pintu sempadan
PBB mendesak Israel buka akses sempadan segera untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza. Larangan pergerakan halang pekerja bantuan capai bekalan kritikal.
Hamas enggan sertai rundingan gencatan senjata
Hamas enggan sertai rundingan gencatan senjata selagi serangan Israel di Gaza berlanjutan, tetapi sedia meterai perjanjian jika perang dihentikan. Mesir dan Qatar jadi pengantara.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, di Gaza
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pakar dakwa makhluk asing guna 'alat menyamar' elak dikesan manusia
Sebelum kejadian penampakan makhluk asing di Las Vegas, terdapat sinaran cahaya yang tidak dapat dijelaskan di langit.
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
Pelaburan Google RM9.4 bilion petanda positif pelabur yakin terhadap pentadbiran kerajaan - Fahmi
Pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion merupakan petanda positif bahawa pelabur mempunyai keyakinan terhadap pentadbiran Kerajaan Madani.
Mahkamah benar permohonan Fahmi Fadzil pindah kes saman ke Mahkamah Tinggi lain
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes samannya terhadap Papagomo ke Mahkamah Tinggi lain.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi PRK Sungai Bakap.
Isu 'parallel pathway' mungkin perlu pindaan undang-undang - Fahmi
Jemaah Menteri dimaklumkan beberapa pindaan mungkin dilakukan terhadap undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Mahkamah benarkan permohonan Fahmi Fadzil batal tuntutan balas Ahmad Dusuki
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Fahmi Fadzil untuk membatalkan tuntutan balas yang dikemukakan oleh penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Dua timbalan menteri dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR
Ia susulan penyusunan semula kepimpinan MPN yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu hari ini.
Kementerian Komunikasi rancang guna teknologi 5G Advanced dalam penstriman langsung Sukma 2024
Ia sekali gus bakal menyaksikan kelajuan internet lapan kali ganda lebih pantas berbanding 5G sedia ada.
Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan
Pertemuan dibuat susulan tindakan Meta Platforms menurunkan hantaran berita media Malaysia mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail Haniyah.
Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan
Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.