awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi

Bernama
Bernama
29/05/2024
08:30 MYT
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan  esok - Fahmi
Dalam tragedi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Hwlikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM, 23 April lalu.
"Beliau (Mohamed Khaled) memaklumkan bahawa laporan telah siap dan akan diterbitkan esok...boleh nantikan pengumuman penuh hasil siasatan bahas helikopter itu," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
Dalam tragedi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Hwlikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Susulan kejadian itu, Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dua helikopter terbabit.
Laporan interim insiden berkenaan pada 9 Mei lepas mengesahkan tahap kesihatan kesemua kru udara yang terlibat dalam nahas itu berada dalam keadaan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan kedua-dua helikopter berkenaan berada dalam keadaan airworthy (selamat untuk terbang) semasa hari kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter TLDM
#laporan penuh nahas
#Fahmi Fadzil
#Mohamed Khaled Nordin
#mesyuarat jemaah menteri
#Lembaga Siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan