Kerakusan individu dalam politik dilihat antara ancaman yang boleh merosakkan kegemilangan dan semangat patriotik rakyat negara.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ia sekali gus menjadikan sambutan kemerdekaan menjadi semakin hambar dari tahun ke tahun.
"Semua kerana ancaman orang politik sendiri, kalau dulu cara orang politik berjuang kepada negara, bangsa dan rakyat sekali gus menjadikan negara ini terjamin keselamatananya.
"Kini orang politik, mereka sendiri rakus untuk mendapat kuasa dan wujudkan pecah belah dalam negara ini,"katanya ketika ditemui sempena sambutan Kemerdekaan ke-57 di sini.
Ujarnya, ancaman ini juga dilihat boleh mempengaruhi anasir lain untuk mengambil peluang merosakkan negara.
"Pucuk pimpinan politik perlu mengutamakan negara dan rakyat daripada rakus untuk mendapatkan kuasa kepada diri sendiri...itu paling penting.
"Semangat patriotik seharusnya dipupuk kepada generasi muda, namun dengan banyaknya politik kebencian kini, orang muda dihasut untuk membenci kerajaan atau membenci kumpulan tertentu.
"Saya berharap orang-orang politik bersatu dan mementingkan negara dan rakyat dan bangsa daripada kepentingan diri sendiri, bila bersatu, kita akan lebih kukuh dan kuat sekali gus orang takut untuk lakukan sesuatu dan merosakkan kemerdekaan negara," jelasnya.
Musa turut merayu kemerdekaan negara terjaga untuk masa-masa akan datang.
"Setiap tahun kita raikan, dan setiap tahun ia menjadi semakin tidak meriah, tidak macam mula-mula dahulu.
"Kita perlu meningkatkan semangat ini kerana pada masa dahulu kita hadapi ancaman daripada mereka yang cuba mengambil pemerintahan negara dengan cara memberontak,"
Musa turut mengimbas kembali kenangan ketika menjadi anggota keselamatan satu masa dahulu.
Katanya, pada tahun 70-an, anggota polis berdepan cabaran terbunuh dalam operasi menentang komunis namun semuanya dilakukan demi cinta kepada negara.
Dalam pada itu katanya, pengaruh media sosial turut disifatkan ancaman yang membangkitkan perasaan benci rakyat kepada Kerajaan selain propaganda kumpulan tertentu yang mahu pemimpin sedia ada digulingkan.
"Sekarang ancaman luas, saya lihat kita ada media masa terbuka, jadi ada pihak guna media masa untuk ubah fikiran rakyat, menghasut rakyat untuk membenci negara dan benci pentadbiran negara.
"Jadi wujudlah kumpulan-kumpulan yang cuba untuk menanam kebencian untuk menukar kerajaan dengan mereka menjangka dengan kerajaan baru akan dapat pemerintahan lebih baik," ujarnya.
Musa merupakan Ketua Polis Negara kelapan dan berkhidmat sehingga September 2010 sebelum digantikan Tan Sri Ismail Omar.
Astro Awani
Sun Aug 31 2014
Kerakusan ahli politik rosakkan kemerdekaan negara - Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Dakwa hubungan keluarga dengan Chin Peng, Kuan Yew, Guan Eng beri 2 hari kepada Siti Mastura tunjuk bukti
Katanya, tuduhan Siti Mastura tidak berasas dan beliau akan ambil tindakan sepatutnya jika bukti gagal dikemukakan dalam tempoh diberikan.
'Kesalahan halangan lalu lintas paling tinggi' - JSPT
Sebanyak 4,719 saman dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara pada Jumaat.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
DAP bukan komunis, masih berpaksikan Perlembagaan Persekutuan - Loke
DAP akan sentiasa berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan sebarang dasar dan berkaitan dengan perihal politik di negara ini.
Semangat juang Michael Riman wajar dikenang generasi muda - Abdul Karim
Semangat ditunjukkan mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat dalam berjuang untuk mempertahankan negara wajar dikenang oleh generasi muda Malaysia.
Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.
Alami suasana dua darurat, rahsia kubu perlindungan serangan udara di Muzium Darul Ridzuan
Setiap perincian yang terpampang di dinding bangunan itu menceritakan perjuangan pasukan beruniform mempertahankan negara.
Pemimpin komunis Filipina Jose Maria Sison meninggal dunia
Pemimpin komunis Filipina Jose Maria Sison meninggal dunia pada usia 83 tahun, semalam.
Tidur dengan mayat komunis masih terpahat di ingatan veteran tentera Wok
Kejadian berlaku ketika beliau bersama anggota platun lain mengikuti operasi menjejak komunis di kawasan hutan di Batu Gajah, pada 1957.
Semangat sepasukan, cintakan tanah air rahsia bekas renjer berdepan musuh
Semangat sepasukan yang kuat demi tanah air tanpa memikirkan rasa takut berdepan musuh.