awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerangka kerja pusat data mampan dijangka diperkenal Oktober ini

Bernama
Bernama
21/07/2025
22:00 MYT
Kerangka kerja pusat data mampan dijangka diperkenal Oktober ini
Tengku Zafrul berkata kerangka tersebut akan diletakkan di bawah Kementerian Digital, yang antara lain akan menyaksikan koordinasi strategik bersama semua agensi berkaitan dan kerajaan negeri. - Foto X/Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Kerangka Kerja Pusat Data yang mampan dijangka diperkenalkan pada Oktober ini, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menerusi satu hantaran di platform X, beliau berkata, kerangka tersebut akan diletakkan di bawah Kementerian Digital, yang antara lain akan menyaksikan koordinasi strategik bersama semua agensi berkaitan dan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan pembangunan pusat data.
Tengku Zafrul berkata persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) 2025, yang dipengerusikan bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo pada Isnin.
"Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga akan menjadi 'focal point' bagi semua permohonan projek pusat data baharu dan pembesaran.
"Ini akan memastikan semua inisiatif dan projek berjalan lancar, mengelakkan pertindihan fungsi, serta menyokong pembangunan ekosistem pusat data negara yang lebih mampan dan strategik," kata beliau menerusi hantaran itu.
Tengku Zafrul berkata mesyuarat tersebut amat penting untuk memastikan pembangunan industri pusat data negara lebih mampan, berdaya saing, dan mesra pelabur.
DCTF adalah platform strategik pelbagai agensi yang diterajui oleh kementeriannya dan Kementerian Digital untuk menyelaras segala perancangan dan pelaksanaan projek pusat data secara holistik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerangka Kerja Pusat Data
#Kementerian Digital
#DCTF
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan