awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
19/02/2025
10:00 MYT
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa tertarik untuk membuat pelaburan selepas dijanjikan pulangan lumayan hingga 40 peratus. - Gambar fail
SHAH ALAM: Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata wanita berusia 65 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada pertengahan Disember lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.
Beliau berkata mangsa tertarik untuk membuat pelaburan selepas dijanjikan pulangan lumayan hingga 40 peratus.
"Bagi tujuan pelaburan, mangsa diminta membuat 11 transaksi bayaran melibatkan tiga akaun bank yang berbeza membabitkan wang berjumlah RM1 juta.
"Baru-baru ini, mangsa bercadang membuat pengeluaran keuntungan tetapi perlu mendepositkan RM309,298 terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hussein berkata mangsa tampil membuat laporan polis selepas menyedari telah diperdaya apabila gagal mendapatkan keuntungan seperti yang dijanjikan.
Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani rugi RM1 juta
#pelaburan tidak wujud
#Hussein Omar Khan
#dijanjikan pulangan lumayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan