MELAKA:Seorang kerani kerugian RM68,700 akibat ditipu sindiket Macau Scam, yang menyamar sebagai pegawai operasi cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari Cyberjaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt E. Sundra Rajan berkata, wanita berumur 40 tahun yang menetap di Krubong di sini itu, menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Noraina Azlan, semalam dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai syarikat di Kuantan, Pahang sebanyak RM38,690.
"Mangsa dipercayai menafikan dakwaan tersebut, bagaimanapun talian disambungkan kepada individu yang kononnya 'Sarjan Roslan' dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bagi membuat aduan. Individu terbabit meminta butiran kad pengenalan mangsa untuk membuat semakan.
"Selepas itu, mangsa dimaklumkan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan pengubahan wang haram sebelum taliannya disambungkan kepada individu yang memperkenalkan diri sebagai 'ACP Datuk Wazir'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata individu itu pula meminta mangsa memuat turun aplikasi 'MYBNM' melalui Google untuk mengisi butiran akaun bank bagi tujuan siasatan dan pada masa sama lelaki itu memberi mesej WhatsApp dengan mengarahkan wanita itu menyerahkan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) yang diterimanya.
Katanya mangsa tanpa curiga telah menyerahkan nombor TAC berkenaan kepada suspek, namun wanita itu mula sedar dirinya ditipu setelah menerima pesanan ringkas dari pihak bank menyatakan terdapat pindahan wang daripada akaun miliknya.
"Mangsa telah menghubungi tiga institusi perbankan dan diberitahu pindahan wang tidak berjaya dilakukan tetapi terdapat pindahan wang dari akaun HSBC Bank Malaysia Bhd milik mangsa melibatkan sembilan transaksi berjumlah RM68,700 ke dalam akaun pihak ketiga," katanya.
Menurut beliau mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Tengkera di sini, semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.
Sundra Rajan berkata hasil semakan awal, mendapati nombor telefon yang digunakan suspek didapati terlibat dengan 14 laporan menggunakan modus operandi sama terhadap 14 mangsa dengan kerugian yang dialami secara kumulatif mencecah RM492,950.50.
"Justeru, orang ramai disarankan agar membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun bank di laman https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang urusan selain tidak mudah percaya dengan individu yang menyamar sebagai pihak LHDN atau mana-mana pihak yang diragui," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021
Mangsa dimaklumkan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan pengubahan wang haram.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
11 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja, diselamatkan dan dibawa pulang
Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.