awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dikerat 15, dibuang dalam tangki kumbahan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2022
16:41 MYT
Ibu dikerat 15, dibuang dalam tangki kumbahan
Polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu. - Gambar hiasan
PARIT BUNTAR: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.
"Siasatan yang dijalankan menemukan 15 keratan bahagian tubuh mayat yang telah dipotong.
"Susulan itu, tangkapan dilakukan terhadap anak lelaki mangsa berusia 42 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, mangsa berusia 68 tahun tinggal berdua bersama suspek di rumah tersebut sejak 12 tahun lalu.
"Hasil siasatan awal, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.
"Polis merampas sebilah parang, dua pisau dan barang-barang yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.
Mior Faridalathrash berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#bunuh ibu
#kerat 15
#Perak
#parit buntar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan