awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api tidak berhenti di Kuala Gris, KTM gantung tugas kakitangan

Bernama
Bernama
09/01/2022
05:46 MYT
Kereta api tidak berhenti di Kuala Gris, KTM gantung tugas kakitangan
Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, di sini terkandas apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti di hentian tersebut pada Ahad. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Berhad menggantung tugas kakitangan yang terlibat dalam kejadian tren Shuttle Timuran No 51 tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai pagi tadi.
KTMB menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook hari ini memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian oleh kakitangan terbabit dalam insiden itu.
"KTMB mengesahkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada pukul 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada 7.08 pagi.
"KTMB memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian lebih-lebih lagi melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan sesi persekolahan hari ini," menurut kenyataan itu.
Justeru, KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terlibat dan kesal dengan kejadian yang berlaku.
"Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, media melaporkan kira-kira 100 pelajar SMK Dabong tidak dapat mengikuti hari pertama persekolahan apabila tren yang menjadi pengangkutan mereka untuk ke sekolah itu tidak berhenti di stesen terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta api
#kuala gris
#SMK dabong
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan