awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta bertembung punca nahas tiga beranak maut di Sitiawan- Ketua Polis Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
11/12/2022
07:54 MYT
Kereta bertembung punca nahas tiga beranak maut di Sitiawan- Ketua Polis Perak
Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan dua kenderaan di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan lewat malam tadi.- Foto JBPM Perak
IPOH: Kemalangan maut membabitkan tiga sekeluarga lewat malam tadi di Jalan Kampung Koh-Pantai Remis berdekatan Jambatan Bainun di Sitiawan, berpunca daripada kereta jenis Proton Saga bertembung dengan kereta Chevrolet Captiva dari arah bertentangan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata akibat pertembungan itu, kereta jenis Proton Saga yang dinaiki lima mangsa terhenti di sebelah jalan kiri, manakala Chevrolet Captiva di sebelah kanan jalan.
Katanya, setelah itu kereta jenis Chevrolet Captiva itu terbakar dari bahagian hadapan, disyaki akibat kebocoran petrol.
"Kemalangan melibatkan seorang pemandu dan empat penumpang bagi kenderaan jenis Proton Saga dan seorang pemandu bagi kenderaan jenis Chevrolet Captiva.
"Seorang pemandu lelaki berusia 33 tahun dan dua orang penumpang iaitu isterinya (32 tahun) dan anak lelaki (2 tahun) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala dua lagi penumpang iaitu anak perempuan dan lelaki, masing-masing berusia 6 dan 4 tahun cedera di bahagian dada dan dahi.
"Pemandu kereta jenis Chevrolet Captiva pula iaitu wanita berusia 21 tahun cedera patah kaki," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Nahas Jalan Raya | Tiga beranak maut kemalangan di Sitiawan
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi rawatan lanjut manakala tiga mangsa yang meninggal dunia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.
Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Fahrulradzi Zakaria di talian 012-4433441.
Di samping itu, katanya polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika berada di jalan raya, khususnya pada musim cuti persekolahan.
Terdahulu, media melaporkan tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan dua kenderaan di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan lewat malam tadi.
Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Chevrolet.
Topic Berkaitan
#nahas Sitiawan
#kereta bertembung
#tiga beranak maut
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan