awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dihempap cerucuk besi ketika menuruni feri, dua nyaris maut

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2021
22:50 MYT
Kereta dihempap cerucuk besi ketika menuruni feri, dua nyaris maut
Dua individu di dalam sebuah kereta nyaris maut apabila sebatang cerucuk besi yang terletak di sebelah tanjakan feri menghempap kenderaan mereka. -Foto media sosial
LUNDU: Dua individu di dalam sebuah kereta nyaris maut apabila sebatang cerucuk besi (steel tube casing) yang terletak di sebelah tanjakan feri menghempap kenderaan mereka.
Dalam kejadian jam 8.27 pagi itu, kereta Proton Exora yang dipandu seorang wanita berusia 50-an bersama penumpang itu sedang menuruni feri apabila bahan pembinaan tersebut jatuh menimpa bonet kereta mereka.
Insiden itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik syarikat feri terbabit.
Difahamkan perancah besi itu adalah untuk pembinaan laluan baharu feri di Batang Rambungan.
Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Damataries Launtin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan semua pihak terlibat telah membuat laporan lewat malam Rabu.
Tiga laporan polis telah dibuat iaitu melibatkan mangsa, penyelia feri dan juga pihak kontraktor.
“Setelah menerima laporan, pihak kita kini sedang melakukan siasatan terperinci,” kata Damataries.
Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.
"Syukur semua mangsa selamat dan hanya bahagian enjin kenderaan mangsa berkenaan yang ranap,” katanya lagi.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan kerja-kerja pembinaan di situ diarah dihentikan bagi tujuan siasatan.
“Kerja-kerja ini dihentikan sehingga pasukan penyiasat JKR Sarawak yakin bahawa semua protokol dan prosedur keselamatan dilaksanakan semasa menjalankan aktiviti berisiko tinggi,” kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Kuching
#CCTV
#laluan baharu feri
#hempap kenderaan
#Batang Rambungan
#Polis Daerah Lundu
#Damataries Launtin
#cerucuk besi
#steel tube casing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan