Sebuah kereta dinaiki dua wanita dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Kampung Ulu Bendul di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian 4.35 pagi itu, kereta jenis Nissan Sentra yang dinaiki mangsa mengekori jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah ke lokasi kejadian untuk membantu enam mangsa banjir yang terperangkap di kampung berkenaan sebelum kereta itu dihanyutkan oleh arus deras.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata ketika jentera dinaiki tujuh anggota meredah banjir untuk ke lokasi kejadian, mereka menyedari kereta mangsa yang mengekori kenderaan mereka dihanyutkan oleh arus deras.
"Menyedari keadaan itu, dua anggota telah terjun menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kereta itu dan kedua-dua mereka selamat dan telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
"Ketika itu misi ialah untuk menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap di kediaman mereka selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.91 meter. Mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di kediaman mereka telah berjaya diselamatkan termasuk seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, air banjir telah surut dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
Ketika jentera dinaiki tujuh anggota meredah banjir untuk ke lokasi kejadian, mereka menyedari kereta mangsa yang mengekori kenderaan mereka dihanyutkan oleh arus deras. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan
Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang memandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki.
Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.
8 cedera, 7 selamat nahas 9 kenderaan di lebuh raya
Dipercayai kemalangan yang membabitkan sembilan kenderaan itu berlanggar dari arah belakang, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.
Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.
Rumah, kereta musnah terbakar di Hutan Melintang
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 40x40 terbakar sebanyak 65 peratus, sebuah kereta turut musnah terbakar 80 peratus.
Dua maut, enam cedera nahas di Sungai Buloh
Mangsa yang maut merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa.