awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dinaiki rempuh jentolak, remaja perempuan maut

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2021
23:30 MYT
Kereta dinaiki rempuh jentolak, remaja perempuan maut
Keadaan kenderaaan yang dinaiki mangsa kemalangan di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam nahas dengan sebuah jentolak di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pada jam 12.13 tengah hari, kereta Perodua Myvi dari arah Pandamaran itu dinaiki tiga individu termasuk dua beradik.
"Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran lokasi kejadian selepas membeli barangan keperluan di kedai," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Shamsul Amar berkata, kereta dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai pada kadar kelajuan yang tinggi telah memasuki arah bertentangan sebelum melanggar 'bucket' jentolak tersebut.
“Akibat pelanggaran itu, penumpang hadapan kereta Myvi dikenali Nurshaniza Alaudin meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Menurutnya, mangsa yang maut itu merupakan rakan sekerja kepada pemandu kereta tersebut.
"Mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, manakala pemandu dan adik perempuannya berusia 15 tahun dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya.
Shamsul Amar berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987,” katanya
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#HTAR
#remaja perempuan berusia 18 tahun maut
#rempuh jentolak
#Jalan Telok Gong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan