awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dipandu warga asing rempuh bank

Sinar Harian
Sinar Harian
08/10/2021
00:23 MYT
Kereta dipandu warga asing rempuh bank
Pintu bank yang pecah selepas dirempuh oleh Proton Persona yang dipandu seorang lelaki asing pada Khamis. -Foto ihsan PDRM
JERANTUT: Suasana di sebuah bank di sini kecoh apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki warga asing secara tiba-tiba merempuh dinding kaca premis berkenaan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 29 tahun tertekan pedal minyak ketika ingin meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit.
"Kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan tetapi kereta tersebut rosak di bahagian depan selain pintu bank pecah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat telekomunikasi memiliki lesen memandu antarabangsa telah hadir membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan dirakam percakapan.
"Tiada elemen jenayah wujud dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rempuh bank
#dinding kaca premis
#tertekan pedal minyak
#pintu bank pecah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan