awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/01/2021
09:59 MYT
Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat
Kebakaran memusnahkan sehingga 80 peratus daripada fizikal kenderaan mewah berkenaan. - Foto: JBPM
SEBERANG JAYA:Sebuah kereta mewah Ferrari model 430 terbakar dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Rabu.
Kebakaran yang memusnahkan sehingga 80 peratus jentera itu berlaku pada jam 2 petang namun pemandunya berjaya menyelamatkan diri.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan BBP Penanti bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (PBS) Sungai Puyu yang tiba awal di lokasi kejadian sudah memadamkan kebakaran terbabit.
"Manakala anggota kita dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan api padam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi tamat sekitar jam 2.59 petang dan punca kejadian serta kerugian sebenar masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Ferrari
#F430
#Kenderaan Terbakar
#ferrari terbakar
#Permatang Pauh
#lebuhraya BKE
#Seberang Jaya
#JBPM Pulau Pinang
#BBP Perai
#BBP Penanti
#PBS sungai puyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan