awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
JBPM terima 3565 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 hingga 30 Januari
Kerajaan Negeri Sembilan tidak kompromi isu rasuah PBT - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta gagal memotong punca kemalangan libat trak tentera

Bernama
Bernama
12/12/2025
04:30 MYT
Kereta gagal memotong punca kemalangan libat trak tentera
Seorang anggota ATM meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi cedera ringan. - Gambar fail
MACHANG: Kegagalan pemandu kereta Proton Wira memotong dipercayai punca kemalangan membabitkan sebuah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer 37.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Bukit Belah, di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Pemandu Proton Wira dipercayai gagal memotong, menyebabkan kemalangan melibatkan trak ATM di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.
  • Seorang anggota ATM maut, tiga cedera ringan, dan pemandu kereta cedera parah dalam kemalangan tersebut.
  • Polis Daerah Machang meminta maklumat daripada orang ramai berkenaan kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata kejadian pada 6.35 petang melibatkan sebuah trak tiga tan Hicom dinaiki anggota tentera dari arah Tanah Merah menghala balik ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.
"Pemandu kereta dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai dipercayai sedang memotong sebuah kenderaan dan masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan pemandu trak tidak sempat mengelak lalu bertembung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shafiki berkata seorang anggota ATM meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi cedera ringan dan pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Machang untuk rawatan awal.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Fatin Nurhanis Ibrahim menerusi talian 011-1454 020 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang 09-9751 222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan trak tentera
#Jalan Kota Bharu-Kuala Krai
#kemalangan maut
#kereta terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami