awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta kebal rosak, laluan tengah Jalan Damansara terhalang

Fareez Azman
Fareez Azman
26/08/2022
03:45 MYT
Kereta kebal rosak, laluan tengah Jalan Damansara terhalang
Kereta kebal jenis Pendekar PT-91M rosak di susur Carcosa menghala ke KL Sentral pada Jumaat menyebabkan lorong tengah terhalang. -Gambar KLCCC DBKL
KUALA LUMPUR: Trafik di Jalan Damansara pada pagi Jumaat sesak seketika apabila sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) rosak di laluan tersebut.
Akibat kerosakan kereta kebal jenis PT-91M atau lebih dikenali sebagai "Pendekar" itu, lorong tengah di susur Carcosa menghala ke KL Sentral terhalang.
Perkara itu dimaklumkan menerusi pusat Info Trafik Kuala Lumpur dalam ciapan di Twitter jam 10.29 pagi tadi.
Renjer 01, 02, 05 & 06 sampai di lokasi #kltu pic.twitter.com/jCtgG6tIvk
— KLCCC DBKL (@KLCCC_DBKL) August 26, 2022
Kelihatan beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran trafik ketika proses pengalihan dilakukan.
Hampir sejam, kereta kebal berkenaan berjaya ditunda pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kereta kebal buatan Poland seberat 45.9 tan itu merupakan antara kenderaan berperisai milik Kor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia.
Topic Berkaitan
#kereta kebal
#pendekar
#PT-91M
#jalan damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan