awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta mewah terjunam sungai, peniaga kafe selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2022
22:45 MYT
Kereta mewah terjunam sungai, peniaga kafe selamat
Kereta Mercedes E250 yang dipandu lelaki berusia 37 tahun terjunam dalam Sungai Nibong pada petang Selasa. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Sebuah kereta mewah yang dipandu peniaga kafe terjunam dalam Sungai Nibong, di sini, pada petang Selasa ketika ingin memberi laluan kepada kenderaan lain.
Mangsa, Liow Shang Kang, 37, yang memandu kereta jenis Mercedes E250 bagaimanapun berjaya keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri dalam kejadian jam 4.20 petang itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang beralamat di Sungai Udang dipercayai dari arah Batu Berendam dan menggunakan laluan sempit di Jalan Sungai Nibong itu untuk ke Taman Kerjasama, Bukit Beruang.
Menurutnya, ketika melalui jalan itu, mangsa memberi laluan kepada kenderaan lain dari arah bertentangan sebelum kenderaannya tergelincir ke dalam sungai.
"Bagaimanapun mangsa dapat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Peraturan 10LN 166/59," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kereta mewah terjunam sungai
#Sungai Nibong
#Mercedes E250
#Christopher Patit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan