awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta pengurus pemaju hartanah disimbah cat, CCTV rakam suspek misteri

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2025
07:45 MYT
Kereta pengurus pemaju hartanah disimbah cat, CCTV rakam suspek misteri
Keadaan kereta milik seorang pemaju hartanah yang disimbah cat dalam kejadian Selasa lalu. - Foto Sinar Harian
SUBANG JAYA: Sebuah kereta milik pengurus pemaju hartanah disimbah cat di sebuah kawasan perumahan di sini, Selasa lalu.

Ringkasan AI
  • Sebuah kereta milik pengurus pemaju hartanah disimbah cat kelabu, dengan kejadian berlaku sekitar jam 7.45 pagi di kawasan perumahan di Subang Jaya.
  • Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali membawa beg sebelum kejadian, dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
  • Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, dengan maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.45 pagi ketika ibu mentua mangsa terlihat seorang lelaki tidak dikenali membaling cat ke arah halaman rumah.
"Mangsa yang berusia 53 tahun kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati motokar miliknya yang diparkir di halaman rumah terkena simbahan cat berwarna kelabu," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati hampir keseluruhan badan kenderaan tersebut disimbah cat.
"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali berjalan kaki sambil membawa beg di kawasan perumahan tersebut sebelum kejadian berlaku.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya.
Wan Azlan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta disimbah cat
#pengurus pemaju hartanah
#Subang Jaya
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan