awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja baik pulih lubang benam di Jalan Burma dijangka siap dalam lima hari

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2025
06:00 MYT
Kerja baik pulih lubang benam di Jalan Burma dijangka siap dalam lima hari
Kerja pembaikan paip pembentungan pecah di Jalan Burma, Pulau Pinang dijangka siap dalam lima hari dengan tumpuan pada waktu malam dan awal pagi bagi kurangkan kesesakan lalu lintas. -Foto Facebook MBPP
GEORGE TOWN: Kerja-kerja pembaikan paip pembentungan yang pecah dan menyebabkan kejadian lubang benam di Jalan Burma, di sini, dijangka mengambil masa lima hari untuk disiapkan sepenuhnya, menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ringkasan AI
  • Kerja pembaikan paip pembentungan pecah di Jalan Burma, Pulau Pinang dijangka siap dalam lima hari dengan tumpuan pada waktu malam dan awal pagi bagi kurangkan kesesakan lalu lintas.
  • Lubang benam terbentuk akibat kebocoran paip bertekanan tinggi milik IWK, menyebabkan gangguan trafik sehingga tiga kilometer dan penutupan jalan atas faktor keselamatan.
  • Orang ramai dinasihatkan guna laluan alternatif sepanjang tempoh pembaikan, dengan kos projek masih dalam penelitian dan penutupan jalan mungkin diperluas atas faktor keselamatan struktur.

Datuk Bandar MBPP, Datuk A. Rajendran berkata, kerja penggantian paip sepanjang 13 meter itu dilaksanakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) secara berperingkat, dengan tumpuan diberikan pada waktu malam dan awal pagi bagi mengurangkan kesan kesesakan lalu lintas.
“Kerja pembaikan dijalankan antara malam hingga awal pagi dengan hanya satu lorong dibuka.
"Pada waktu siang, dua lorong dibuka bagi mengurangkan kesesakan di laluan utama yang menghubungkan pusat bandar,” katanya semasa tinjauan di lokasi kejadian.
Lubang benam terbentuk sekitar jam 9 pagi pada 21 September lalu berhampiran persimpangan Jalan Transfer, dipercayai akibat kebocoran paip bertekanan tinggi milik IWK yang menyalurkan sistem pembentungan utama kawasan tersebut.
Susulan kejadian, aliran trafik di kawasan berkenaan terganggu sehingga tiga kilometer dan penutupan jalan dilakukan atas faktor keselamatan.
MBPP memaklumkan bahawa satu lorong telah dibuka kepada orang awam mulai jam 6 petang, 21 September, namun aliran trafik masih bergerak perlahan.
Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh pembaikan berlangsung bagi mengelakkan kesesakan.
Kos keseluruhan projek masih dalam penelitian dan penutupan jalan dijangka melibatkan kawasan lebih luas atas faktor keselamatan struktur jalan.
Topic Berkaitan
#lubang benam
#Jalan Burma
#pembaikan paip pembentungan pecah
#kebocoran paip bertekanan tinggi
#IWK
#A Rajendran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan