Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata kerja pembaikan dua kawasan tanah mendap di Residensi 16, Jalan Taman U Thant, di sini pada Ahad akan dilaksanakan dengan segera.
Antara kerja-kerja pembaikan yang akan dilakukan ialah penyelenggaraan longkang dan kerja yang bersesuaian bagi memastikan masalah di kawasan ini diatasi sepenuhnya dan tidak berulang, katanya selepas meninjau lokasi mendapan itu di sini, pada Isnin.
Pada Ahad, media melaporkan laluan ke Residensi 16, Jalan Taman U Thant ditutup kepada orang awam susulan kejadian jalan mendap dan tembok runtuh yang dilaporkan pada 3.30 petang sebelum disusuli satu lagi kejadian tanah mendap dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang dan terletak kurang 30 meter dari lokasi mendapan pertama.
Beliau berkata, kedua-dua kejadian itu dipercayai berpunca daripada paip pecah namun siasatan diteruskan bagi mengenal pasti kemungkinan ada punca lain menyebabkan kejadian itu.
"Saya dimaklumkan oleh penduduk yang kawasan ini kerap dilanda banjir kilat sejak 2014, namun tidak melibatkan insiden teruk sehinggalah kejadian mendapan semalam.
"Beberapa pegawai dari Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditempatkan di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
"Setakat ini, kawasan tersebut dalam keadaan stabil tetapi kita masih menunggu laporan siasatan sebelum membuat keputusan sama ada perlu memindahkan penghuni atau tidak," katanya.
Nor Hisham berkata, kos pembaikan akan ditanggung DBKL sementara IKRAM akan terlibat membuat kajian teknikal di lokasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
Para kontraktor Air Selangor melakukan kerja mengepam keluar air dari sebuah mendapan jalan yang berlaku di Residensi 16 Jalan Taman U Thant, 19 Julai. --fotoBERNAMA/Fail
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin
Angka kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (sembilan), Padang Pariaman (tujuh) dan Daerah Padang Panjang (dua).
Jumlah korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 160 - Pegawai
Bencana alam ini kebanyakannya menjejaskan penduduk tempatan di Daerah Barka dan Baghlan-e-Markazi serta angka korban dijangka meningkat.
Empat kampung di Sik terjejas akibat banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan pemantauan masih dilakukan demi keselamatan penduduk.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.