awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja pengindahan diteruskan di kawasan dikenal pasti jadi tarikan pelancong - PL

Bernama
Bernama
20/04/2023
21:30 MYT
Kerja pengindahan diteruskan di kawasan dikenal pasti jadi tarikan pelancong - PL
Kerja-kerja menaik taraf dan pengindahan akan diteruskan di kawasan dikenal pasti sebagai tarikan kepada pengunjung ke pulau bebas cukai ini. - Gambar BERNAMA
LABUAN: Kerja-kerja menaik taraf dan pengindahan akan diteruskan di kawasan dikenal pasti sebagai tarikan kepada pengunjung ke pulau bebas cukai ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Ismail.
Beliau berkata terdapat beberapa kawasan yang boleh diubah menjadi tempat rekreasi awam yang dapat dinikmati seluruh masyarakat.
"Kami mahu mengubah kawasan strategik sebagai ruang pelbagai guna untuk penduduk tempatan dan pengunjung menikmati pemandangan dan 'mempromosikan' tentang Labuan.
"Yang penting kami perlu menyediakan infrastruktur dan kemudahan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan arca Love Labuan di Labuan International Golf Club (LIGC) di sini pada Khamis.
Arca bernilai RM20,000 yang baru siap itu dan terletak di luar LIGC, akan menjadi satu lagi lokasi menarik untuk meluangkan masa mengambil gambar dan bersosial.
"Struktur arca Love Labuan terletak di lokasi strategik menghadap matahari terbenam dan terbit, dan sesuai untuk orang ramai menikmati pemandangan itu," katanya.
Rithuan berkata kawasan arca itu terbiar sebelum dinaik taraf dan arca itu juga akan memberi nilai tambah kepada LIGC yang selama ini menjadi lokasi kegemaran untuk pengantin baharu mengambil gambar kenang-kenangan.
Beliau berkata PL juga akan terus meningkatkan kemudahan awam untuk memupuk gaya hidup lestari dan sihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#pelancong
#pengantin baharu
#LIGC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan