awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama dengan komuniti tinggal berdekatan habitat Harimau Malaya - Tengku Hassanal

Bernama
Bernama
28/07/2023
16:00 MYT
Kerjasama dengan komuniti tinggal berdekatan habitat Harimau Malaya - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal bertitah, komuniti yang tinggal berdekatan dengan habitat Harimau Malaya bukan sekadar pihak berkepentingan, malah menjadi rakan kongsi penting dalam usaha pemuliharaan. - Bernama
KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua pihak agar bekerjasama dengan komuniti yang tinggal berdekatan dengan habitat Harimau Malaya.
Baginda bertitah komuniti itu bukan sekadar pihak berkepentingan, tetapi juga rakan kongsi penting dalam usaha pemuliharaan, di samping mereka juga "berkongsi" tempat tinggal dengan haiwan liar itu, justeru kerjasama dan sokongan masyarakat itu amat diperlukan.
"Dengan mengiktiraf hubungan mendalam mereka dengan tanah dan hidupan liar, kita perlu memupuk kerjasama lebih kukuh dengan mereka, perkasa mereka untuk menjadi juara kepada kelangsungan hidup Harimau Malaya, juga sebagai penjaga dan rakan dalam usaha pemuliharaan biodiversiti.
"Dengan menyediakan alternatif mata pencarian lestari kepada mereka dan menggalakkan pendidikan dan kesedaran, kita boleh pastikan masa hadapan Harimau Malaya terjalin dengan kesejahteraan komuniti ini," titah baginda pada majlis penutup Sidang Kemuncak Harimau Pahang Pertama di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Rosli Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun.
Tengku Hassanal turut mengundang semua pihak dengan keupayaan dan sumber alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) supaya mengambil bahagian dalam melindungi Harimau Malaya kerana kerjasama itu penting memandangkan tiada satu pun organisasi atau kerajaan yang dapat menjayakan tugas itu seorang diri.
"Kerajaan saya tidak sabar-sabar untuk menerima cadangan ESG dan pemuliharaan dengan tangan terbuka. Pemuliharaan bukan tanggungjawab satu entiti tetapi memerlukan barisan yang bersatu," titah baginda sambil menggesa perkongsian sumber dan kepakaran untuk membangunkan strategi bagi menangani cabaran yang kompleks.
Sementara itu, Tengku Hassanal menggalakkan kerajaan, organisasi antarabangsa dan entiti swasta untuk mengkaji semula pelaburan mereka dalam pemuliharaan harimau serta bersama-sama memanfaatkan mekanisme pembiayaan yang inovatif dan meneroka kerjasama awam-swasta yang menjamin sokongan kewangan yang mampan dan jangka panjang untuk inisiatif pemuliharaan.
Tengku Hassanal turut menekankan usaha penguatkuasaan untuk melindungi hidupan liar dan meneroka potensi kecerdasan buatan, imejan satelit dan teknologi penderiaan jauh bagi meningkatkan keupayaan pemantauan dan penguatkuasaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Hassanal
#Habitat harimau
#harimau Malaya
#komuniti berkepentingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan