KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Op Jamin, bagi menguatkuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.
Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata penguatkuasa KPKM iaitu Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dan Penguatkuasa KPDN melalui Op Jamin, akan melakukan pemeriksaan di peringkat pengilang padi atau beras, pemborong dan peruncit sama ada di pasar raya besar atau kedai runcit di seluruh negara.
"Pemeriksaan ini bagi memastikan keterjaminan bekalan beras putih tempatan dan beras putih import sentiasa mencukupi dengan harga yang terkawal," katanya kepada pemberita di Pasar Raya Giant, Batu Caves di sini, hari ini.
Salahudin dalam masa sama berkata pihaknya akan melaksanakan Op Jamin tersebut selama sebulan dan akan melakukan pemeriksaan di 162 kilang memproses beras putih.
Selain itu, beliau berkata pihaknya sentiasa memandang serius isu penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menukar bungkusan atau label beras putih tempatan serta menjual dengan harga beras putih import.
"KPDN dan KPKM ingin memberikan peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit, agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan, termasuklah tidak mengambil kesempatan dengan melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar bungkusan beras putih tempatan kepada beras putih import dan dijual pada harga yang tinggi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah KPB Datuk Azman Mahmood berkata pihaknya telah menerima satu aduan di Selangor, dan telah mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga beras tempatan daripada RM26 kepada RM26.60.
"Daripada tangkapan tersebut, kita telah membuat rampasan dan kita telah dakwa mereka di mahkamah...tentang aduan berkenaan isu penukaran bungkusan beras pula belum ada aduan rasmi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Salahuddin pada sidang media selepas meninjau kemasukan beras tempatan pada Operasi Jamin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di sebuah pasar raya hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.