JOHOR BAHRU: Kekuatan kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan maritim Indonesia dan Singapura dapat menjamin keamanan di sempadan perairan sekali gus mengelakkan daripada dipengaruhi kuasa luar.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata konflik di Laut China Selatan merupakan antara contoh isu yang menunjukkan kepentingan kekuatan kerjasama antara ketiga-tiga negara itu.
"Dengan kekuatan kerjasama ini, mereka (kuasa luar) mungkin tahu bahawa kita mampu untuk menjaga kedaulatan kita di Selat Melaka dan Laut China Selatan serta tidak memihak kepada sesiapa.
"Jika mereka lihat kita (tiga negara) ini tidak ada hubungan yang begitu bagus, maka akan mudahlah untuk mereka mempengaruhi," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Khas daripada Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) kepada APMM di sini hari ini.
Turut hadir Kepala BAKAMLA Laksamana Madya Tentara Nasional Indonesia (TNI) Dr Aan Kurnia, Komander Polis Pengawal Pantai Singapura SAC Cheang Keng Keong dan Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.
Aminuddin berkata kerjasama erat akan memberikan limpahan ekonomi kepada ketiga-tiga negara berkenaan yang berada di sekitar perairan Selat Melaka yang merupakan antara laluan perkapalan yang sibuk.
Sementara itu Aan berkata negara jiran seperti ketiga-tiga negara itu harus mempunyai hubungan yang erat untuk membantu antara satu sama lain, dalam masa sama menghormati kedaulatan negara masing-masing.
Beliau berkata ia antara lain akan memberikan manfaat dari segi perkongsian maklumat dan bantuan bagi mematahkan kes jenayah rentas sempadan seperti APMM yang membantu BAKAMLA untuk menahan kapal tangki berbendera Iran yang memindah secara haram minyak mentah bernilai 4.6 trilion rupiah atau RM1.38 bilion pada 7 Julai lepas.
"Kejadian ini merupakan antara contoh kerjasama kita, BAKAMLA mengesan kapal itu yang melakukan pemindahan minyak mentah secara haram di perairan Indonesia sehingga kapal itu memasuki ke perairan Malaysia.
"BAKAMLA meminta izin untuk memasuki perairan Malaysia sehingga APMM menghantar pasukan khusus mereka untuk membantu. Ini sangat luar biasa dan saya sangat menghargai tindakan pantas yang diambil, saya harap hubungan baik ini antara Malaysia dan Indonesia serta Singapura juga terus erat," katanya.
Cheang pada masa sama turut memuji kejayaan APMM dan BAKAMLA yang menunjukkan kepentingan kerjasama agensi maritim antara negara dalam menyelesaikan isu perairan.
"Walaupun Singapura tidak terlibat dalam operasi ini, tetapi saya fikir insiden ini serlahkan kepentingan bagi pelbagai agensi pengawal pantai untuk bekerjasama menangani isu-isu di laut.
"Saya amat gembira mengetahui kerjasama antara APMM dan BAKAMLA ini yang beroleh kejayaan, semoga kita dapat bekerjasama pada masa akan datang bagi meningkatkan keselamatan komuniti maritim di rantau ini," katanya.
Terdahulu, Aan menyerahkan sijil penghargaan kepada APMM atas bantuan yang diberikan agensi itu bagi memintas dan menahan kapal tangki terbabit dengan penahanan 28 anak kapal warga Syria bersama tiga penumpang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Kerjasama erat akan memberikan limpahan ekonomi kepada ketiga-tiga negara berkenaan yang berada di sekitar perairan Selat Melaka yang merupakan antara laluan perkapalan yang sibuk. - Gambar fail
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Jepun akan perkuat keselamatan maritim bersama negara ASEAN
Jepun akan mengukuhkan keselamatan maritim bersama negara-negara Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Fumio Kishida pada Rabu.
Indonesia, Malaysia dan Singapura bincang keselamatan pelayaran di Selat Melaka
Agenda yang dibahas termasuk pertukaran maklumat mengenai kemajuan mekanisme kerjasama dan pelaporan perkembangannya.
Kerjasama maritim Malaysia-Indonesia-Singapura jamin keamanan perairan
Kerjasama erat akan memberikan limpahan ekonomi kepada ketiga-tiga negara berkenaan yang berada di sekitar perairan Selat Melaka.