awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama semua pihak untuk pupuk minat terhadap STEM

Bernama
Bernama
26/03/2017
22:12 MYT
Kerjasama semua pihak untuk pupuk minat terhadap STEM
Aliran STEM akan menghasilkan pelbagai kepakaran yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti yang memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Kerjasama pelbagai pihak amat penting dalam memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.
Katanya, kerjasama itu boleh dilaksanakan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang mana pihak berkaitan dalam pendidikan bersama-sama merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk tujuan itu.
"Negara kekurangan pelajar yang meminati bidang sains dan teknologi pada peringkat sekolah dan kesannya telah dapat dirasakan pada peringkat universiti.
Matlamat negara untuk mempunyai nisbah 60:40 antara pelajar sains dan bukan sains dan ini memerlukan usaha gigih daripada semua pihak termasuk warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan STEM Kebangsaan Cawangan Kelantan di sini, pada Ahad.
Turut hadir ke majlis itu Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang juga Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Cawangan UMK, Profesor Datuk Dr Ibrahim Che Omar, Pengerusi Gerakan STEM Kebangsaan Profesor Datuk Dr Noraini Idris dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Jaafar Ismail.
Mengenai Gerakan STEM Kebangsaan Cawangan Kelantan, Yap berkata ia adalah satu bentuk kerjasama antara MPN, UMK, Gerakan STEM Kebangsaan dan JPN Kelantan untuk menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap STEM.
"Program ini juga bakal menyediakan platform bagi peserta untuk berbincang, berkongsi maklumat, pengalaman isu terkini, cabaran dan strategi memartabatkan mata pelajaran tersebut di kalangan pelajar," katanya.
Sementara itu, Noraini berkata aliran STEM akan menghasilkan pelbagai kepakaran yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti yang memacu pertumbuhan ekonomi negara sejajar dengan hasrat untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada masa hadapan.
Katanya, bagi memenuhi hasrat ini sudah tentu pengetahuan serta budaya STEM perlu diterapkan kepada masyarakat di peringkat awal seperti pelajar sekolah.
"Apabila STEM sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat dan pelajar maka usaha untuk menggerakkan inovasi dari peringkat akar umbi akan menjadi lebih mudah dan dapat disebarluaskan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejuruteraan dan Matematik
#Sains
#STEM
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan