awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas putih dasar gaji progresif dibentang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2023
23:00 MYT
Kertas putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Pembentangan ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan dengan asas-asas dan mekanisme pelaksanaannya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kertas putih cadangan dasar gaji progresif akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Pembentangan ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan dengan asas-asas dan mekanisme pelaksanaannya.
Sebelum ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata, peruntukan pelaksanaan rintis gaji progresif untuk pekerja dan syarikat swasta awalnya telah dimasukkan di dalam Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Ekonomi.
Jelasnya, ini adalah kali pertama kerajaan campur tangan secara terus untuk meningkatkan gaji sektor swasta.
Projek rintis pelaksanaan gaji progresif akan dilaksanakan pada 2024, bagi menilai keberkesanan dan ketersediaan dasar tersebut.
Ia membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.
Projek rintis ini bagi mengekalkan momentum tumpuan kerajaan kepada persoalan gaji rakyat.
Jelas Rafizi lagi, keputusan yang dibuat ialah pelaksanaannya perlu melibatkan kesemua pihak dan digerakkan sebagai langkah bersama satu negara.
Dasar gaji progresif dibuat bagi membantu negara mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#kertas putih
#Rafizi Ramli
#Dasar Gaji Progresif
#Belanjawan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan