KUALA LUMPUR: Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pendapat dan idea pelbagai pihak berkepentingan telah diminta secara konsisten selain kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan pihak kerajaan adalah kritikal dalam memastikan kejayaan pembaharuan sistem kesihatan.
"Marilah kita bekerjasama, memahami keperluan perubahan itu adalah satu peluang keemasan. Marilah kita membentuk sistem kesihatan kita dengan model yang inovatif, saksama, lestari dan berdaya tahan. Jadilah suara untuk mengukuhkan sistem kesihatan kita melalui cadangan Kertas Putih Kesihatan," katanya dalam perutusan pada Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022: Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham tidak dapat menghadiri majlis itu secara fizikal. Bagaimanapun, ucapan beliau telah dirakamkan terlebih dahulu dan disiarkan semasa sesi panel.
Beliau berkata tujuan Kertas Putih Kesihatan ialah mencadangkan perubahan signifikan yang diperlukan bagi memastikan sistem kesihatan Malaysia boleh menjangka dan memenuhi keperluan kesihatan negara yang semakin berkembang.
Menerusi ucapannya, Dr Noor Hisham berkongsi gambaran penyelesaian yang boleh diguna pakai oleh fraterniti kesihatan dalam usaha memperkukuh daya tahan sistem kesihatan Malaysia melalui inovasi, kesaksamaan dan kelestarian.
Beliau juga berkata kerjasama daripada semua pihak berkepentingan adalah penting dalam memastikan daya tahan sistem kesihatan dan memberi contoh ketika pandemik COVID-19 baru-baru ini yang menyaksikan semua orang bersatu hati dalam usaha bersepadu.
"Kami melaksanakan strategi berkesan bagi membendung impak pandemik dalam memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan dan vaksin serta membina tenaga kerja kesihatan bagi memperkukuh keupayaan mencegah dan memberi maklum balas kepada kecemasan kesihatan dengan jayanya.
"Kami mengoptimumkan sumber manusia dan aset merentasi agensi kerajaan dalam respons kesihatan awam secara bersepadu terhadap pandemik. Hal ini dimungkinkan oleh pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi pusat dan tempatan serta pasukan keselamatan. Individu, NGO dan syarikat menyalurkan sumbangan dengan menderma peralatan daripada pelitup muka hinggalah ventilator," katanya.
Dr Noor Hisham berkata ketika pandemik, Malaysia turut mengalami banyak perkhidmatan yang tertangguh bagi kes bukan COVID-19 dan pengecualian peraturan khas juga dibuat bagi membolehkan para doktor termasuk pakar bedah menjalankan tugasan di fasiliti selain tempat biasa mereka.
"Inisiatif pembedahan secara besar-besaran telah dianjurkan di pelbagai tempat di seluruh negara. Pakar bedah dan pekerja sokongan daripada pelbagai sektor berkaitan kesihatan termasuk angkatan tentera, hospital swasta dan universiti, semuanya digerakkan secara pro-bono," katanya sambil menambah bahawa apabila fasiliti Kementerian Kesihatan berada di tahap kapasiti penuh, kerajaan telah membenarkan prosedur penyumberan luar kepada pusat kesihatan swasta.
Dr Noor Hisham berkata kerjasama juga hendaklah dijalin di peringkat serantau dan antarabangsa seperti melalui Sistem Koordinasi Kecemasan Kesihatan Awam ASEAN (APHECS) yang akan memastikan koordinasim keterangkuman dan akauntabiliti lebih baik dalam usaha mempertingkat dayab tahan sistem kesihatan rantau itu.
Mengenai inovasi sistem kesihatan, beliau berkata kerajaan melalui MIDA, KKM dan CRM (Clinical Research Malaysia) bekerjasama dengan sebuah syarikat antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan patologi bersepadu bagi pembangunan ubat-ubatan serta ujian imuno-onkologi.
"Kerjasama ini mempunyai manfaat langsung bagi penyelidikan klinikal di rantau ini. Mudah-mudahan ujian seperti bagi biopenanda kanser boleh didapati secara tempatan tidak lama lagi dengan tempoh menunggu yang lebih singkat untuk diagnosis dan pengurusan," katanya.
Selain itu, Dr Noor Hisham berhasrat menangani isu kegagalan rantaian bekalan yang berlaku di awal kemunculan COVID-19 dan peperangan di negara yang jauh dengan penyumberan luar dekat pesisir.
Mengenai ekuiti sistem kesihatan, beliau menggesa pihak berkepentingan agar meningkatkan kerjasama awam-swasta sedia ada seperti melalui skim PeKa B40, KOSPEN (Komuniti Sihat Pembina Negara) dan KOSPEN PLUS.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Dr Noor Hisham berkongsi gambaran penyelesaian yang boleh diguna pakai oleh fraterniti kesihatan dalam usaha memperkukuh daya tahan sistem kesihatan Malaysia melalui inovasi, kesaksamaan dan kelestarian. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Kertas Putih Kesihatan: Sektor swasta diperlukan, perkhidmatan kesihatan lebih efektif - Pakar
Reformasi berkenaan akan membolehkan KKM menumpukan kepada aspek lain berkaitan kesihatan penduduk.
Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan - KKM
Perkara itu juga membabitkan perkhidmatan kesihatan di Sabah yang memerlukan pemerhatian serta fokus terbaik daripada kerajaan Persekutuan.
Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy
Cadangan sedemikian bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang kalis masa depan.