IPOH: Kertas siasatan berhubung insiden bot rekreasi terbalik yang mengorbankan seorang wanita akibat lemas di Teluk Batik, Lumut, 28 Ogos lepas telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri pada 24 Nov, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng.
Sandrea berkata hasil semakan TPR, pasukan siasatan kemalangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) diminta meneruskan siasatan lanjut bagi proses pendakwaan di mahkamah.
"Pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengarahkan pemberhentian serta-merta kepada pengusaha bot terlibat sehingga lesen aktiviti dikeluarkan bermula tarikh kejadian.
"MPM juga telah mengeluarkan notis arahan keselamatan kepada semua pengusaha dan juga pemakluman bagi menghentikan operasi sementara dalam tempoh penyiasatan isu tersebut," katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
'Beliau menjawab soalan Datuk Yunus Jamahri (PN-Kuala Kurau) yang mahu tahu apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha bot rekreasi terbabit dan langkah supaya kejadian tersebut tidak berulang.
Pada 28 Ogos lepas, Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34, yang berasal dari Parit Buntar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Manjung apabila bot yang dinaikinya bersama beberapa lagi pelancong terbalik.
Siasatan mendapati mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku dan pengoperasi bot rekreasi terbabit tidak mempunyai lesen yang sah.
Susulan itu suami mangsa Mohammad Hafiz Johari, 31, kemudian bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkaitan insiden terbabit.
Sementara itu, Sandrea berkata pada masa kini, JLM menempatkan anggota pada hujung minggu dan cuti umum di kawasan peranginan sekitar Lumut bagi memastikan bot digunakan untuk aktiviti pelancongan adalah bot berlesen dan semua pemandu bot serta penumpang memakai jaket keselamatan.
"Bot-bot yang beroperasi juga dipastikan membawa penumpang tidak lebih 12 orang," katanya.
Katanya MPM juga telah meningkatkan rondaan di kawasan pantai dan sentiasa mengingatkan serta menegaskan kepada pengusaha bot mewajibkan pemakaian personal floating device (PFD) kepada penumpang.
"Selain itu, penggunaan siar raya (speaker) juga turut diguna pakai bagi memaklumkan pelancong untuk sentiasa berhati-hati selain poster keselamatan juga diteruskan bagi memberi kesedaran kepada pelancong terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum," katanya.
Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Bernama
Thu Dec 07 2023
Pada 28 Ogos lepas, Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34, yang berasal dari Parit Buntar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Manjung apabila bot yang dinaikinya bersama beberapa lagi pelancong terbalik. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tiada kaitan dengan Hannah Yeoh - SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
12 daripada 14 klien AADK lulus SPM
Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
SPR adakan mesyuarat khas PRK pada 6 Jun
SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinangberhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.
Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang
Tujuh kenderaan dihempap sebatang pokok tumbang berikutan hujan dan angin kuat berhampiran Plaza PK, Taman Kinrara, Puchong.
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
Dua beradik jemaah muda, abang syukur cemerlang SPM
Jemaah haji yang juga calon SPM 2023, Muhammad Ammar Che Noor Azam, bersyukur doanya untuk cemerlang sehingga mendapat semua A, dalam peperiksaan dimakbulkan Allah.
Tirai besi tak halang dua banduan dapat keputusan cemerlang
Berada di sebalik tirai besi tidak halang dua banduan untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2023.
Kerajaan memperkenalkan mekanisma membiayai aktiviti pemuliharaan hutan
Mekanisme bukan berasaskan pasaran, Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC), diperkenalkan oleh kerajaan hari ini untuk membiayai aktiviti pemuliharaan hutan dan penjagaan alam sekitar yang lestari.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata FCC adalah salah satu mekanisme yang dibangunkan oleh Dana Hutan Malaysia (MFF) pada tahun 2022 di bawah Rangka Kerja Kewangan REDD Plus (RFF).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata FCC adalah salah satu mekanisme yang dibangunkan oleh Dana Hutan Malaysia (MFF) pada tahun 2022 di bawah Rangka Kerja Kewangan REDD Plus (RFF).
Kertas siasatan insiden lemas di Teluk Batik dirujuk kepada TPR - Exco
Kertas siasatan berhubung insiden bot rekreasi terbalik yang mengorbankan seorang wanita akibat lemas di Teluk Batik, Lumut, 28 Ogos lepas telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Dua beranak cedera disengat ubur-ubur di Pantai Teluk Batik
Dua beranak cedera akibat terkena sengatan ubur-ubur ketika mandi di Pantai Teluk Batik, Manjung, di sini hari ini.
Suami mangsa lemas reda kehilangan isteri, dakwa bot terbalik dipandu laju
Suami kepada seorang wanita yang meninggal dunia hari ini selepas terlibat dalam kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Lumut semalam, redha kehilangan isteri tersayang.
Mayat lelaki ditemukan terapung di Teluk Batik
Mangsa dikatakan sering meracau dan telah keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak dua hari lepas.
Warga emas maut selepas berenang di Teluk Batik
Miskam Kadar, 66, dari Ipoh, meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.17 malam di lokasi kejadian.